Showing posts with label enter. Show all posts
Showing posts with label enter. Show all posts

Thursday, 22 January 2015

Tajuk 22 : Lebih mudah guna "page break" semasa menaip

[ Menaip lebih mudah, jika tahu menggunakan "Page Break" ]

Anda sedang menaip laporan untuk dihantar. Sampai separuh muka surat, anda hendak memulakan tajuk baru. Anda pun menekan "enter" beberapa kali sehinggalah masuk ke muka surat baru.

Senario di atas, adalah amalan biasa kebanyakan pengguna MS Word. Anda boleh semak dengan menggunakan "togeh" (rujuk artikel sebelum ini).

Masalahnya ialah, apabila anda menambah ayat baru dalam muka surat sebelum itu, muka surat seterusnya akan teranjak ke bawah dan tidak lagi berada di bahagian atas.

Maka, yang lebih baik adalah menggunakan "page break".



Langkah mudah menggunakan "page break"



[ Cara-cara "Page break" ]


1. Letakkan kursor di kedudukan terakhir perenggan ( pastikan "on" togeh) sebelum anda hendak beralih ke muka surat baru (lihat no.1 dalam gambar).

2. Pergi ke bahagian "menu bar", klik "insert", dan pilih "page break" (lihat no. 2 dalam gambar).

3. Satu label tertulis "page break" akan kelihatan pada skrin, dan tanda togeh akan "melompat" ke muka surat baru. Walaupun masih ada baki muka surat yang kosong.

Sekarang, anda boleh mula menulis di muka surat baru.

Tips:
Apabila anda hendak menambah teks di muka surat sebelumnya.
Anda hanya perlu letakkan kursor di tanda togeh terakhir.
Terus menaip ayat baru.
Anda akan lihat, muka surat seterusnya tidak akan berganjak!
Jika berganjak sekalipun, tajuk masih berada di bahagian atas muka surat baru.

Selamat mencuba! Saya yakin anda lebih mahir.


#drMAK

Wednesday, 21 January 2015

Tajuk 21 : Rahsia mudah buat editing dalam MS Word

Haha.. pernah dengar dalam MS word ada ikon "togeh"? Saya sendiri yang bagi nama, sebab nama sebenar dia tak komersil, "paragraph marks".

Pernah tak kita nak edit file word yang kawan-kawan bagi, pastu bila nak klik, pointer tu macam taknak lekat kat tempat kita klik. Haa.. sebabnya, kemungkinan terdapat "penunggu" lain yang duduk kat situ.

So, nak membuka pintu "hijab" ke alam yang sebenar, kita kena tekan butang togeh tu. Cuba tengok gambar. Ikon yang dibulatkan atas sekali tu, itulah togeh.



Tanda-tanda yang akan keluar apabila "togeh" ditekan



 Bila kita tekan je, semua yang berlaku di sebalik apa yang ditaip oleh kawan kita akan terlihat.

Setiap tanda tu, ada makna-maknanya sendiri.

1. Anak panah = Kawan kita tekan kekunci "Tab"
2. Titik tengah = Kawan kita tekan kekunci "Space"
3. Togeh = Kawan kita tekan kekunci "Enter"
4. Label Page Break = Kawan kita telah insert "page break".

Jadi, bila kita menyemak dokumen word yang ditaip oleh orang lain. Cuba tekan togeh ni. Kita akan lihat gaya menaip seseorang.

Paling biasa, kita akan jumpa orang yang taip enter banyak-banyak kali sampailah masuk muka surat baru. Huhu.. kesian.. kenapa tak guna "page break".

Oh! tak tahu. Takpe, nanti saya tolong tunjukkan cara. Tapi bagitau dulu kawan-kawan skill baru ni.

Mereka akan kagum dengan anda.

Anda tergolong 10% pengguna MS Word yang tahu apa itu "togeh".

Cayalah! (tak payah kembang sangat hidung tu.. haha.. )