Showing posts with label Kajian Lapangan. Show all posts
Showing posts with label Kajian Lapangan. Show all posts

Sunday, 7 September 2014

Tajuk 13 : Apakah yang perlu ditulis dalam "Latar Belakang Teori" ?

SENARIO

Saya banyak menerima pertanyaan tentang maksud sebenar "Latar Belakang Teori" yang terletak di dalam Bab 2 (Kajian Lapangan) Laporan FYP. Tidak dapat dinafikan, memang bab 2, adalah antara bab yang paling sukar untuk ditulis kerana memerlukan pemikiran yang jelas dan pelajar perlu kritikal dalam mengulas pengetahuan yang diperolehi melalui pembacaan untuk diterjemahkan ke dalam penulisan bab 2 ini.

Antara soalan yang diterima;

1. "Salam cik ammar..saya student ilpkls...apa maksud teori tu?? boleh terangkan dengan lebih lanjut tak?dia lebih pada penerangan macam mana kita boleh dapat idea tu ke macam mane?"

2. Yang message guna FB pun ada;

Latar Belakang Teori yang menghantui...

Jujurnya, saya sendiri masih mencari formula terbaik  untuk memudahkan penulisan "Bab 2 kajian lapangan" untuk pelajar-pelajar supaya dapat terus menulis kajian lapangan dengan lancar. "Latar Belakang Teori" adalah salah satu komponen yang terdapat dalam bab 2 ini. Semoga diberikan ilham untuk mendapat formula tu nanti.


LATAR BELAKANG TEORI

Untuk memudahkan pemahaman, bayangkan macamni, awak nak buat projek "KERUSI BERODA MUDAH SIMPAN". Bila sebut kerusi, apa yang awak bayangkan? mestilah sebuah kerusi yang biasa kita nampak dimana-mana, terutamanya dalam bilik kuliah atau makmal komputer.

Saya beri analogi mudah, awak nak menghasilkan kerusi.  Tetapi, awak bukan buat kerusi daripada idea yang "kosong". Dah ramai orang buat kerusi sebelum ni, awak sendiri pernah tengok pelbagai jenis kerusi, jadi, awak perlu tahu, semua yang berkaitan tentang kerusi yang pernah dibuat sebelum ini, supaya awak boleh buat kerusi yang "Special". Itulah sebabnya awak perlu buat "Kajian Lapangan". Awak hanya perlu membaca sebanyak mungkin idea, dan hasilkan idea anda sendiri dengan mencantumkan ciri-ciri dan kefungsian yang awak nak dalam projek awak, itulah tujuan "Kajian Lapangan".


Kerusi ni dah best! ada roda, boleh gerak, tapi memakan ruang kalau nak simpan...

Dengan membayangkan kerusi di atas, macamana awak nak tukarkan rekabentuk kerusi tu kepada bentuk yang boleh dilipat dan mudah disimpan?? Haaa.. itulah idea yang awak nak buat dalam projek ni.. So, Bila timbul persoalan, MACAMANA NAK BUAT KERUSI YANG MUDAH DISIMPAN? ini menunjukkan awak perlu mula melakukan "Kajian Lapangan".. maknanya, MENCARI MAKLUMAT, APA YANG AWAK PERLU TAHU UNTUK MEMBUAT KERUSI LIPAT?.

"APA YANG AWAK PERLU TAHU = KAJIAN LAPANGAN"

Jadi, apa yang awak perlu tahu untuk membuat sebuah KERUSI?

Awak perlu tahu TIGA perkara;

PERTAMA, APAKAH ELEMEN-ELEMEN REKABENTUK KERUSI?
KEDUA, APAKAH KAEDAH/TEKNIK PENGHASILAN KERUSI?
KETIGA, APAKAH KEFUNGSIAN/CIRI-CIRI KERUSI?

Jawapan kepada ketiga-tiga persoalan di atas, adalah apa yang perlu awak tulis dalam "LATAR BELAKANG TEORI". Jom, saya cuba bagi contoh;

Soalan Pertama, (Elemen-elemen Rekabentuk Kerusi)

Cuba tengok apa elemen yang ada pada sebuah kerusi? Kerusi ada tempat sandar, tempat duduk, tombol pelaras kerusi, tongkat tempat duduk, roda tiga, dan tempat letak tangan (saya bukan pakar perabot, saya tengok daripada gambar atas, hahaha..). Jadi, ini semua adalah elemen yang perlu awak terangkan dalam latar belakang teori. Kenapa perlunya semua elemen-elemen ini pada sebuah kerusi? Awak menerangkan secara umum, apa elemen-elemen yang ada pada sebuah kerusi. Supaya awak jelas, untuk menghasilkan kerusi, perlu ada elemen ini, atau awak mungkin memilih untuk membuang mana-mana elemen yang tidak perlu dalam rekabentuk anda. Terpulang pada awak.

Soalan Kedua, (Kaedah/Teknik Penghasilan Kerusi)

Awak tidak ada idea bagaimana kerusi dibuat, so, awak boleh search dalam google untuk membaca kaedah-kaedah penghasilan kerusi. Secara mudah, mungkin ini adalah teknik untuk menghasilkan sebuah kerusi,

1. Membuat rangka tempat sandar (ergonomik)
2. Membuat tempat duduk (menggunting & menjahit kain dan span)
3. Membuat tongkat kerusi
4. Memasang tongkat kerusi kepada tempat duduk
5. Memasang tempat sandar kepada tempat duduk
6. Memasang roda pada tongkat kerusi
7. Ketatkan Skru pada semua bahagian kerusi
8. SIAP!

Saya tahu proses buat kerusi lebih rumit, tapi ini hanya contoh, jika awak sendiri bertukang membuat kerusi. Maka, semua proses ini juga, akan awak ceritakan dalam "Latar Belakang Teori" satu persatu supaya pembaca mendapat idea bagaimana menghasilkan sebuah kerusi tanpa perlu menggoogle macam awak... (ala-ala, awak tolong terangkan semula apa yang awak tahu kepada yang tak tahu..)

Soalan Ketiga, (Kefungsian/ciri-ciri kerusi)

Bila kerusi awak telah siap, bagaimana untuk mengetahui bahawa kerusi awak benar-benar berfungsi? Betul ke kerusi awak memenuhi ciri-ciri yang awak tetapkan dalam objektif projek? Betul ke kerusi awak mudah simpan?

Oleh itu, awak perlu tahu bagaimana untuk menghasilkan kerusi yang mudah simpan.. antara kaedah yang boleh digunakan, mungkin lipat? mungkin boleh cabut-cabut? mungkin boleh sorok bawah meja? mungkin boleh disimpan dalam rak? atau macam-macam kemungkinan.. jadi, semua ni perlu awak kaji, supaya awak boleh memilih fungsi-fungsi yang paling awak kehendaki dalam kerusi yang awak hasilkan. Semua kemungkinan ni, awak boleh ceritakan dalam "Latar Belakang Teori" supaya pembaca mengetahui pelbagai pilihan yang awak boleh gunakan untuk hasilkan "KERUSI BERODA MUDAH SIMPAN".

Siaplah kerusi saya yang MUDAH SIMPAN! Tapi takde rodalah pulak.. Nanti tambah roda...


Bila awak telah mengkaji, mendapat maklumat, mengetahui, dan memahami semua persoalan di atas, maka bolehlah anda mula menulis topik "LATAR BELAKANG TEORI". Untuk projek kerusi ni, saya cadangkan susunan topik seperti di bawah;



BAB 2

KAJIAN LAPANGAN



2.1 Pengenalan


2.2 Latar Belakang Teori
      2.2.1 Elemen Rekabentuk Kerusi
      2.2.2 Jenis-jenis Kerusi dan Kegunaan
      2.2.3 Ciri-ciri Ergonomik Kerusi
      2.2.4 Proses Penghasilan Kerusi
      2.2.5 Ciri-ciri Fungsi Istimewa Kerusi


2.3 Analisis Projek Lepas


Saya sengaja beri contoh membuat kerusi, supaya mudah dibayangkan oleh semua pembaca.. tetapi saya faham, mungkin bagi pelajar dari bidang teknikal seperti ICT memerlukan contoh yang lebih dekat dihati. Jadi, saya beri contoh sub-topik "Latar Belakang Teori" sekiranya awak buat projek berkaitan video (lakonan iklan).


BAB 2

KAJIAN LAPANGAN



2.1 Pengenalan


2.2 Latar Belakang Teori
      2.2.1 Elemen Rekabentuk Video Iklan
      2.2.2 Spesifikasi Video Iklan
      2.2.3 Proses Penggambaran
      2.2.4 Lokasi dan Pencahayaan
      2.2.5 Kualiti Video Iklan
      2.2.6
      .......... boleh tambah lagi sub-topik lain ..........


2.3 Analisis Projek Lepas

~Harap awak dah nampak apa yang perlu ditulis~



Saturday, 21 December 2013

Tajuk 3: Masalah menulis "Kajian Lapangan"? Rugi tak baca artikel ni.

Cik.. Pening ahh... Pening ahh..

Apa jugakla ko ni.. Dari hari tu keje pening je.. Apa masalahnya..

Cani cik.. Saya nak buat FYP ni, lebih kurang macam nak buat video kempen taknak merokokla.. Tapi kan kita kena buat bab 2, kajian lapangan (literature review), saya tak tahu nak cari apa nak tulis dalam ni..



Owhhh.. Itu ke peningnyee.. Saya ingatkan pening stok rokok berkurangan kat asrama..

Heheh.. Stok sentiasa ada cik.. (Jap lagi ada spot check la ni..)

Canilah.. Saya bagi analogi yang paling mudahlaa.. Awak pernah buat layang2 tak..?

Owhh... Ok cik.. Saya pernah buat layang2 masa kat kampung dulu, So, apa kaitannya cik..

Ok, bila nak buat layang2, korang mesti tahu dulu macamana cara nak buat layang2 kann..?

So, nak tahu cara buat layang2, korang kena tahu macamana bentuk layang2, apa ciri-ciri sebuah layang2, apa bahan2 nak buat layang2, proses nak buat layang2, macamana nak bagi layang2 menarik, macamana nak bagi layang2 boleh terbang, kalau tak boleh terbang, kenapa layang2 tak boleh terbang.. Dan macam2 lagi yang awak perlu tahu.. Semuanya dengan tujuan awak nak hasilkan sebuah layang2..

Pendek kata, bab 2, adalah tempat untuk awak tulis apa yang awak kena tahu sebelum awak mula buat projek.. SEBELUM BUAT PROJEK.. maknanya.. Kalau ikutkan, masa awak buat proposal, bab 2 ni dah boleh siap dah, walaupun projek belum mula buat lagi.. Sebab awak mesti akan cari maklumat2 macamana nak buat projek awak sebelum awak mula buat masa semester 6. Maknanya masa buat proposal semester 5, bab 2, dah siap taip..

Huihhh cik... Saya ingat proposal takde kaitan dengan laporan projek pun.. Saya main buat je proposal, tak buat kajian papepun, semua keluar terus dari otak saya yang bergeliga ni..

Banyaklah awak punya geliga, itulah sebabnya proposal awak asyik kena reject je.. Sebab tak kuat langsug, semua main ikut rasaaa je.. Langsung tak buat kajian, bila tanya lebih.. Mulala garu satu badan.. Macam orang kena sopak..

Abis tu cik, cuba cik bagi clue sikit, apa saya nak kena carik pasal video taknak merokok saya ni..

Nak jugak orang suap satu satu, memang tak puas makan suap dengan mak kat rumah dulu eh..

Memang takde makan suap cik, mak saya sibuk keje, tak sempat nak suap2 ni..

Patutlaa, kurang kasih sayang.. Hmm.. Asasnya.. Untuk buat projek awak ni, awak boleh cari berdasarkan 3 persoalan.. Pastu awak sendiri kembangkan daripada 3 soalan ni.. Ok..

1. Soalan berkaitan isu/subjek, awak buat pasal merokok, so, cari maklumat tentang merokok, contoh, bahaya merokok, apa kandungan rokok, apa penyakit disebabkan merokok, statistik golongan perokok, kenapa kerajaan buat kempen taknak merokok, dan semua yang berkaitan dengan isu rokok. Untuk soalan ni je, awak dah boleh taip 2/3 topik kecil dalam bab 2.

2. Soalan berkaitan rekabentuk projek, katakan awak nak buat pasal video kan, awak kena tahu apa ciri-ciri video, format video, jenis2 video, durasi video, teknik-teknik penghasilan video, bahan-bahan nak hasilkan video, lokasi untuk video, pencahayaan video, audio dalam video, perisian suntingan video, props dalam video, semua perkara yang berkaitan video, sebab awak nak hasilkan video. Nak cerita semua ni pun dah boleh buat 5/6 topik kecik.

3. Soalan berkaitan hasil-hasil yang lepas, yang berkaitan dengan projek awak.. Cuba cari, ada tak orang yang pernah buat projek yang sama, macamana dia buat, apa mesej yang dia sampaikan, macamana cara dia sampaikan mesej pada penonton, macamana storyboard cerita dia, berkesan tak jalan cerita dia, menarik tak, apa yang bagus dalam video dia, apa yang awak rasa boleh tambahbaik dari video dia, apa yang awak rasa kelainan dalam video awak berbanding video lain.. Semua ni awak kena cari sungguh2.. Buat "deep thinking".. Baru awak akan dapat idea berbeza.. Semua ni awak boleh buat topik kecik, Analisa Projek Lepas.

Pendekkan cerita, bab 2, awak akan taip apa yang awak perlu tahu sebelum melaksanakan projek.. APA YANG AWAK PERLU TAHU.. Maknanya... Awak belum buat lagi.. Baru mengkaji macamana nak buat.. Thats why nama bab tu, KAJIAN LAPANGAN.. Semua yang awak taip,adalah secara umum.. Tetapi kajian yang awak buat tu awak akan gunakan masa buat projek..

Setelah awak dah kaji, dah faham, apa yang awak kena buat.. Barulah Bab 3, awak akan ceritakan MACAMANA CARA AWAK BUAT...