Showing posts with label latar belakang teori. Show all posts
Showing posts with label latar belakang teori. Show all posts

Wednesday, 24 September 2014

Tajuk 15 : Apa perbezaan "Pengenalan" dan "Latar Belakang Kajian/Projek"?

Saya mendapat persoalan daripada pelajar, apa beza topik pengenalan dan latar belakang kajian/projek yang terdapat dalam Bab 2. Mudah Saja!

Dalam setiap Bab, daripada bab 1 hingga bab 3 akan ada sub-topik "pengenalan". Tujuan sub-topik "pengenalan" adalah untuk memperkenalkan apa yang anda akan ceritakan dalam bab tersebut.

Meh tengok contoh,

Katakanlah anda membuat kajian tentang pembuatan kerusi melalui projek anda yang bertajuk "Kerusi Duduk Mesti Tidur"

Anda boleh ceritakan begini;

BAB 2
KAJIAN LAPANGAN

2.1 Pengenalan

Dalam bab 2 ini, elemen-elemen rekabentuk untuk menghasilkan "kerusi duduk jamin tidur" akan dijelaskan dengan terperinci. Proses penghasilan  "kerusi duduk jamin tidur" seperti jenis span kerusi, jenis fabrik sarung kerusi, rekabentuk penyandar kerusi, dan material sebagai kaki kerusi akan dijelaskan dengan lebih lanjut. Ketahanan dan keselesaan kerusi akan diuji dan ujian yang berkaitan dengan kedua-dua ciri-ciri tersebut akan dijelaskan di dalam bab ini.

(Dalam tajuk ini, anda akan menceritakan apa yang bakal anda laporkan dalam BAB 2 secara keseluruhan, supaya pembaca mendapat gambaran awal tentang apa yang akan mereka baca)

2.2 Latar Belakang Teori/Projek

       2.2.1 Elemen Rekabentuk Kerusi
                 [mulakan penceritaan anda]

       2.2.2 Jenis-jenis Span dan Fabrik Kerusi
                 [mulakan penceritaan anda]

       2.2.3 Ujian Ketahanan dan Keselesaan Kerusi
                 [mulakan penceritaan anda]

       2.2.4 [tambah lagi tajuk-tajuk lain yang sesuai dengan kajian lapangan yang telah dibuat]

(dalam tajuk ini, anda menceritakan secara terperinci setiap perkara yang telah anda kenalkan dalam tajuk pengenalan tadi)

Haaa... Macamana? Nampak tak apa bezanya? Senang je kan... apa lagi.. Sambung tulis laporan FYP anda, mesti siap SERENTAK dengan projek!

~MAK~


"Kerusi Duduk Mesti Tidur"



Sunday, 7 September 2014

Tajuk 13 : Apakah yang perlu ditulis dalam "Latar Belakang Teori" ?

SENARIO

Saya banyak menerima pertanyaan tentang maksud sebenar "Latar Belakang Teori" yang terletak di dalam Bab 2 (Kajian Lapangan) Laporan FYP. Tidak dapat dinafikan, memang bab 2, adalah antara bab yang paling sukar untuk ditulis kerana memerlukan pemikiran yang jelas dan pelajar perlu kritikal dalam mengulas pengetahuan yang diperolehi melalui pembacaan untuk diterjemahkan ke dalam penulisan bab 2 ini.

Antara soalan yang diterima;

1. "Salam cik ammar..saya student ilpkls...apa maksud teori tu?? boleh terangkan dengan lebih lanjut tak?dia lebih pada penerangan macam mana kita boleh dapat idea tu ke macam mane?"

2. Yang message guna FB pun ada;

Latar Belakang Teori yang menghantui...

Jujurnya, saya sendiri masih mencari formula terbaik  untuk memudahkan penulisan "Bab 2 kajian lapangan" untuk pelajar-pelajar supaya dapat terus menulis kajian lapangan dengan lancar. "Latar Belakang Teori" adalah salah satu komponen yang terdapat dalam bab 2 ini. Semoga diberikan ilham untuk mendapat formula tu nanti.


LATAR BELAKANG TEORI

Untuk memudahkan pemahaman, bayangkan macamni, awak nak buat projek "KERUSI BERODA MUDAH SIMPAN". Bila sebut kerusi, apa yang awak bayangkan? mestilah sebuah kerusi yang biasa kita nampak dimana-mana, terutamanya dalam bilik kuliah atau makmal komputer.

Saya beri analogi mudah, awak nak menghasilkan kerusi.  Tetapi, awak bukan buat kerusi daripada idea yang "kosong". Dah ramai orang buat kerusi sebelum ni, awak sendiri pernah tengok pelbagai jenis kerusi, jadi, awak perlu tahu, semua yang berkaitan tentang kerusi yang pernah dibuat sebelum ini, supaya awak boleh buat kerusi yang "Special". Itulah sebabnya awak perlu buat "Kajian Lapangan". Awak hanya perlu membaca sebanyak mungkin idea, dan hasilkan idea anda sendiri dengan mencantumkan ciri-ciri dan kefungsian yang awak nak dalam projek awak, itulah tujuan "Kajian Lapangan".


Kerusi ni dah best! ada roda, boleh gerak, tapi memakan ruang kalau nak simpan...

Dengan membayangkan kerusi di atas, macamana awak nak tukarkan rekabentuk kerusi tu kepada bentuk yang boleh dilipat dan mudah disimpan?? Haaa.. itulah idea yang awak nak buat dalam projek ni.. So, Bila timbul persoalan, MACAMANA NAK BUAT KERUSI YANG MUDAH DISIMPAN? ini menunjukkan awak perlu mula melakukan "Kajian Lapangan".. maknanya, MENCARI MAKLUMAT, APA YANG AWAK PERLU TAHU UNTUK MEMBUAT KERUSI LIPAT?.

"APA YANG AWAK PERLU TAHU = KAJIAN LAPANGAN"

Jadi, apa yang awak perlu tahu untuk membuat sebuah KERUSI?

Awak perlu tahu TIGA perkara;

PERTAMA, APAKAH ELEMEN-ELEMEN REKABENTUK KERUSI?
KEDUA, APAKAH KAEDAH/TEKNIK PENGHASILAN KERUSI?
KETIGA, APAKAH KEFUNGSIAN/CIRI-CIRI KERUSI?

Jawapan kepada ketiga-tiga persoalan di atas, adalah apa yang perlu awak tulis dalam "LATAR BELAKANG TEORI". Jom, saya cuba bagi contoh;

Soalan Pertama, (Elemen-elemen Rekabentuk Kerusi)

Cuba tengok apa elemen yang ada pada sebuah kerusi? Kerusi ada tempat sandar, tempat duduk, tombol pelaras kerusi, tongkat tempat duduk, roda tiga, dan tempat letak tangan (saya bukan pakar perabot, saya tengok daripada gambar atas, hahaha..). Jadi, ini semua adalah elemen yang perlu awak terangkan dalam latar belakang teori. Kenapa perlunya semua elemen-elemen ini pada sebuah kerusi? Awak menerangkan secara umum, apa elemen-elemen yang ada pada sebuah kerusi. Supaya awak jelas, untuk menghasilkan kerusi, perlu ada elemen ini, atau awak mungkin memilih untuk membuang mana-mana elemen yang tidak perlu dalam rekabentuk anda. Terpulang pada awak.

Soalan Kedua, (Kaedah/Teknik Penghasilan Kerusi)

Awak tidak ada idea bagaimana kerusi dibuat, so, awak boleh search dalam google untuk membaca kaedah-kaedah penghasilan kerusi. Secara mudah, mungkin ini adalah teknik untuk menghasilkan sebuah kerusi,

1. Membuat rangka tempat sandar (ergonomik)
2. Membuat tempat duduk (menggunting & menjahit kain dan span)
3. Membuat tongkat kerusi
4. Memasang tongkat kerusi kepada tempat duduk
5. Memasang tempat sandar kepada tempat duduk
6. Memasang roda pada tongkat kerusi
7. Ketatkan Skru pada semua bahagian kerusi
8. SIAP!

Saya tahu proses buat kerusi lebih rumit, tapi ini hanya contoh, jika awak sendiri bertukang membuat kerusi. Maka, semua proses ini juga, akan awak ceritakan dalam "Latar Belakang Teori" satu persatu supaya pembaca mendapat idea bagaimana menghasilkan sebuah kerusi tanpa perlu menggoogle macam awak... (ala-ala, awak tolong terangkan semula apa yang awak tahu kepada yang tak tahu..)

Soalan Ketiga, (Kefungsian/ciri-ciri kerusi)

Bila kerusi awak telah siap, bagaimana untuk mengetahui bahawa kerusi awak benar-benar berfungsi? Betul ke kerusi awak memenuhi ciri-ciri yang awak tetapkan dalam objektif projek? Betul ke kerusi awak mudah simpan?

Oleh itu, awak perlu tahu bagaimana untuk menghasilkan kerusi yang mudah simpan.. antara kaedah yang boleh digunakan, mungkin lipat? mungkin boleh cabut-cabut? mungkin boleh sorok bawah meja? mungkin boleh disimpan dalam rak? atau macam-macam kemungkinan.. jadi, semua ni perlu awak kaji, supaya awak boleh memilih fungsi-fungsi yang paling awak kehendaki dalam kerusi yang awak hasilkan. Semua kemungkinan ni, awak boleh ceritakan dalam "Latar Belakang Teori" supaya pembaca mengetahui pelbagai pilihan yang awak boleh gunakan untuk hasilkan "KERUSI BERODA MUDAH SIMPAN".

Siaplah kerusi saya yang MUDAH SIMPAN! Tapi takde rodalah pulak.. Nanti tambah roda...


Bila awak telah mengkaji, mendapat maklumat, mengetahui, dan memahami semua persoalan di atas, maka bolehlah anda mula menulis topik "LATAR BELAKANG TEORI". Untuk projek kerusi ni, saya cadangkan susunan topik seperti di bawah;



BAB 2

KAJIAN LAPANGAN



2.1 Pengenalan


2.2 Latar Belakang Teori
      2.2.1 Elemen Rekabentuk Kerusi
      2.2.2 Jenis-jenis Kerusi dan Kegunaan
      2.2.3 Ciri-ciri Ergonomik Kerusi
      2.2.4 Proses Penghasilan Kerusi
      2.2.5 Ciri-ciri Fungsi Istimewa Kerusi


2.3 Analisis Projek Lepas


Saya sengaja beri contoh membuat kerusi, supaya mudah dibayangkan oleh semua pembaca.. tetapi saya faham, mungkin bagi pelajar dari bidang teknikal seperti ICT memerlukan contoh yang lebih dekat dihati. Jadi, saya beri contoh sub-topik "Latar Belakang Teori" sekiranya awak buat projek berkaitan video (lakonan iklan).


BAB 2

KAJIAN LAPANGAN



2.1 Pengenalan


2.2 Latar Belakang Teori
      2.2.1 Elemen Rekabentuk Video Iklan
      2.2.2 Spesifikasi Video Iklan
      2.2.3 Proses Penggambaran
      2.2.4 Lokasi dan Pencahayaan
      2.2.5 Kualiti Video Iklan
      2.2.6
      .......... boleh tambah lagi sub-topik lain ..........


2.3 Analisis Projek Lepas

~Harap awak dah nampak apa yang perlu ditulis~



Wednesday, 15 January 2014

Tajuk 7 : Apa maksud "Latar Belakang Teori"..?? (Bab 2, Laporan FYP)

Selain daripada analisa projek lepas, korang sering jugak tertanya2 apa dia topik "Latar Belakang Teori" yang saya letakkan dalam template laporan FYP korang... ada yang bagitau, tak perlu kot cik, kitorang takde latar belakang teori.. kitorang buang je boleh topik ni.. wait wait wait.. nanti dulu.. betul ke korang takde "latar belakang teori" dalam projek korang.. mana boleh takde.. mesti ada..

Mungkin sebab namanya "teori", korang rasa bila buat projek korang buat amali.. mana datang pulak teori2 ni.. mesti ada sebenarnya bro.. korang nak buat projek.. walaupun amali.. takkanlah tiba2 terus buat je.. mestilah korang ada membaca daripada manual, website, atau dengar daripada lecturer2 korang bagitau tentang kenapa buat macamni.. kenapa buat macamtu..

mungkin sebab sebut "teori" korang rasa macam takde.. cuba kalau saya sebut "prinsip-prinsip".. haa... mesti ada kannn... dalam projek FYP korang.. memang tak macam kajian student master, PhD yang berpegang kukuh kepada teori2 sebelum melakukan kajian selanjutnya.. dalam kes korang student Diploma kemahiran ni.. lebih tepat kalau korang boleh cari "prinsip-prinsip" atau "cara kerja" kepada satu-satu rekabentuk projek yang korang buat tu.. supaya korang "tahu" apa yang korang tengah buat.. sebab projek yang korang hasilkan mesti bergantung kepada "prinsip-prinsip" tertentu.. bukan main buaattt je...

seperti biasa.. kenalah saya tunjuk contoh.. kalau tak korang mesti tak faham lagi apa yang saya cakap ni.. (bila saya tunjuk contoh ni, saya menggunakan teori vygotsky, yang mengatakan bahawa, pelajar2 mestilah diberikan "bantuan" untuk mereka mencapai keupayaan dan kebolehan yang lebih tinggi daripada mereka dibiarkan belajar bersendirian.. nampak tak.. nak bagi contoh kat korang pun ada teori tau...)

Ok, katakanlah korang nak buat projek kartun animasi 2D (student multimedia), sebelum korang melukis atau melakar karakter untuk watak-watak korang. Korang kenalah tahu apa dia prinsip2 asas nak buat animasi ni. Korang dah belajar dah pun sebenarnya masa subjek Animation Fundamental, cuma bila buat FYP ni korang terlupa yang nak buat animasi ni ada prinsip-prinsip dia. Prinsip2 nilah yang memandu korang macamana nak jadikan projek animasi FYP korang jadi lebih menarik. Kalau nak tahu detail, cuba korang tengok website ni.. 12 Principles of Animation..

Prinsip "Anticipation".. Salah satu prinsip animasi 2D.. (Pic dari www.brianlemay.com)


Daripada sini, korang gorenglah dalam topik latar belakang teori. Kalau nak cerita satu2 pun boleh, apa dia 12 prinsip animasi. Sekurang2nya bila orang baca laporan FYP korang, adalah nampak teori di sebalik animasi yang korang hasilkan. Dalam masa yang sama, kenalah gunakan prinsip2 ni dalam FYP korang, janganlah baca semata2 nak tulis dalam laporan FYP je.. kartun korang pun mestilah ada semua ciri2 12 prinsip ni.. agak2 boleh faham.. fahammm.. inshaa Allah...

Pastu, yang nak buat laman website (biasanya budak programming ni).. bila korang nak buat layout laman web korang.. kenalah tahu, macamana susun atur yang menarik.. jangan main letakkk je.. (blog ni janganlah korang jadikan contoh pulak.. ni semua template.. korang tu buat FYP.. buat canggih sikit..). Kalau korang tak tahu, macamana prinsip nak susun atur sesuatu grafik, korang boleh tengok website ni.. Prinsip Grafik & Rekabentuk Grafik.. daripada sini.. korang mesti dapatlah sikit idea macamana nak susun atur laman web korang.. so, kalau PPL tanya, adalah rujukan teori yang korang dapat...

Prinsip Titik Fokus.. Kalau nak gambar menarik, jauhkan titik fokus dari bahagian tengah.. (Pic from www.colourbox.com)


Last sekali (nanti student network merajuk pulakk..), katakanlah kalau korang nak buat projek VOIP.. mestilah korang kena tahu macamana VOIP berfungsi.. takkanlah main cantum2 je semua device yang korang dah beli.. so, korang carilah teori di sebalik macaman VOIP ni berfungsi atau bekerja.. cuba tengok website ni.. Voice Over Internet Protocol.. bila dah baca.. mesti korang dah nampak.. owhh.. cani rupanya VOIP bekerja.. so, kuatlah pengetahuan teori korang.. then, bila nak buat projek.. korang dah tahu apa yang korang buat.. takdelah main ikuttt je penyelia cakap apa.. macam anjing laut kat zoo negara yang buat show tu.. (sorylah.. hope takdelah korang terasa.. nak korang belajar berfikir sikit...)

Gambarajah cara VOIP bekerja.. mesti ada teori... (Pic from www.colocationamerica.com)

So, ini baru secebis daripada teori2 yang korang kena tahu untuk buat projek korang.. sepatutnya mesti banyak lagi teori yang korang kena tahu.. atau at least.. prinsip2 atau cara bekerja sesuatu komponen yang korang kena faham.. so, itu semua adalah TEORI yang korang kena betul2 faham.. so, bila dah carik teori2 ni.. masuklah dalam laporan FYP korang.. bab "Latar Belakang Teori".. tak susah pun sebenarnya.. senang je.. cuma mungkin korang tak nampak.. apa nak isi..

Bila saya dah tulis dalam ni.. janganlah amik teori daripada website yang saya tunjuk je.. (bukan saya kenal pun penulis dia, tapi saya promote jelah.. sebab ada isi menarik..), korang searchla guna google tu.. macam2 korang boleh dapat.. tak habis kalau korang nak baca satu2.. untunglah korang.. zaman saya dulu.. kena carik buku kat library.. jenuhh bangg... syukurlahhh..

Ok last tips, bagi student multimedia yang suka buat e-learning tu.. biasanya korang syok sendiri buat e-learning.. main tiruuu je e-learning orang lain.. sampai teori pun tak tahu.. meh baca blog ni.. Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.. bukak sikit minda korang tu.. nak buat e-learning pun ada prinsip yang korang kena faham.. kena tahu.. bila dah tahu... baru korang boleh berkreativiti dengan idea masing2..

Owwwhhhh... sebelum saya lupa.. ada jugak yang tanya.. cik.. nak kena tulis Teori A, Teori B, Teori C ke... (macam dalam gambar yang bawah ni..) laaaa korang ni... namapun "template"... saya tulis macamtu sebab nak tunjuk macamana nak susun.. itu contoh je.. kalau korang dah tahu nak taip apa.. tajuk Teori A tu, korang gantilah dengan "Prinsip Animasi".. pastu Teori B tu, korang gantilah dengan "Prinsip Videografi".. dan seterusnya.. mengikut teori yang korang dah cari.. janganlah guna tajuk yang sama.. itu contohhhh.. faham ehhh..

Latar Belakang Teori (Bab 2, Kajian Lapangan)


Hope, korang dapat something daripada penulisan saya ni.. Selamat membuat projek.. Chaiyoookkk...

~Teori yang menyokong rekabentuk sesuatu projek FYP, tanpa teori, anda membuat projek tanpa tulang, senang runtuh.. bila runtuh.. tak berguna dah projek tu.. ~