Showing posts with label PTA. Show all posts
Showing posts with label PTA. Show all posts

Monday, 29 September 2014

Tajuk 16 : PPL tergamam menonton pembentangan FYP ini!

Entah kenapa bila tiba pembentangan projek tahun akhir, kebanyakan pelajar akan sibuk untuk menyiapkan slide powerpoint masing-masing yang sarat dengan teks yang dicopy paste daripada laporan masing-masing dan diletakkan di dalam slide dengan sangat padat. Belum dikira dengan font yang sekejap besar sekejap kecik, langsung tidak seragam sepanjang pembentangan.

Bila ditanya, "Awak dah sedia untuk presentation?"
Maka jawapannya "Belum cik, tengah siapkan slide powerpoint, ada sikit lagi belum masukkan"

Timbul persoalan, adakah pembentangan projek tahun akhir adalah semata-mata dengan powerpoint? Adakah presentation itu powerpoint, powerpoint itu presentation? Semestinyakah begitu?

Saya ingin mengubah sedikit persepsi kurang tepat ini, supaya pembentangan pelajar-pelajar Diploma kemahiran mengalami sedikit lonjakan dan lebih menarik untuk ditonton oleh audiens yang hadir terutamanya PPL yang menilai.

Apabila disebut pembentangan @ persembahan PTA, tidak semestinya hanya menggunakan powerpoint. Powerpoint hanya semata-mata salah satu kaedah @ tools dalam pembentangan yang boleh digunakan. Banyak lagi kaedah lain yang boleh diaplikasikan oleh pelajar dalam sesi pembentangan PTA mereka.

Untuk memudahkan pemahaman, saya bagi Senario;

Rata-rata pelajar diminta untuk membuat pembentangan dalam masa 20~25 minit satu projek. Maka, kita boleh bahagikan pembentangan kepada 4~5 bahagian persembahan yang setiap bahagian mengambil masa lebih kurang 5 minit (campur semua, jumlahnya masih 20~25 minit).

Apabila diminta membuat persembahan, alangkah baik jika pelajar dapat melakar jalan cerita yang ingin dipersembahkan kepada penonton dengan melakar terlebih dahulu di atas kertas putih dan bukannya terus membuat slide powerpoint. Anggap sahaja anda ingin membuat persembahan seperti mementaskan sebuah TEATER yang memerlukan Storyboard, Skrip, Props, dan sebagainya.

Sebagai CONTOH;

1st 5 minit - Perkenal penyataan masalah anda dengan menggunakan petikan VIDEO yang memaparkan situasi/lokasi masalah berlaku. Anda kukuhkan lagi dengan ayat PENUH EMOSI dan INTONASI TEGAS daripada penyampaian anda.

2nd 5 minit - Menyatakan mengapa anda SANGAT TERUJA untuk hasilkan projek anda (untuk mengatasi masalah tadi) dan maklumkan audiens objektif projek (apa projek akan capai) dan rekabentuk projek (bagaimana ciri-ciri dan fungsi bakal projek) dengan menggunakan SLIDE.

3rd 5 minit -Tunjukkan bagaimana projek anda dihasilkan, aktiviti yang anda lakukan mengikut jadual perancangan Gantt Chart (tunjuk dalam SLIDE) dan kemudiannya tayangkan VIDEO @ GAMBAR-GAMBAR ketika anda melaksanakan projek (gambar sebenar ketika anda bekerja).

4th 5 minit- DEMONSTRASI ciri-ciri dan fungsi projek yang telah anda hasilkan (tidak perlu guna SLIDE, terus tunjukkan projek sebenar sebagai props). Sambil Demonstrasi, sambil menerangkan kelebihan projek. Anda boleh mengejutkan penonton, dengan memanggil rakan anda dari kalangan penonton untuk mencuba (anda boleh pakat kalau kurang yakin).

5th 5 minit- TESTIMONIAL oleh pengguna yang telah mencuba projek anda. Tunjukkan SURAT @ VIDEO TEMURAMAH kepuasan hati mereka apabila menggunakan projek anda. Ini adalah PENGESAHAN bahawa projek anda adalah REAL dan WORKING!

6th 2 minit - Tutup dengan SATU ayat yang TEPAT dan MENGGAMBARKAN projek anda keseluruhannya dengan DRAMATIK.
Sebagai Contoh, Mop Automatik, "ANDA TIDAK PERLU MENGEMOP LANTAI LAGI SEUMUR HIDUP".


Keseluruhan 27 minit akan terasa singkat dan anda tidak akan letih dengan HANYA MEMBACA SLIDE yang SEMUA ORANG pun PANDAI BACA!

Kata kunci kepada PERSEMBAHAN MENARIK ialah Jalan Cerita, Variasi teknik penyampaian (demonstrasi, video, audio, slide, jemput audiens, melukis di board, dan sebagainya), intonasi, gimik, dan klimaks.



Persembahkan Projek Tahun Akhir seperti audiens menonton TEATER!

Persembahan yang mempunyai JALAN CERITA yang menarik akan membuatkan penonton BERKHAYAL dan TENGGELAM dalam IMAGINASI dan EMOSI masing-masing. TANPA DISEDARI, anda telahpun tamat membuat persembahan, WOW!!

~MAK~



Thursday, 19 December 2013

Pengenalan (Ta'aruf Blog)


Sejak aku further study kat UPM dan belajar Research Method daripada sifu Dr. OT (drotspss.blogspot.com) yang sememangnya sentiasa muncul di saat aku memerlukan (panjang kisahnya), aku rasa terpanggil untuk share ilmu yang aku dapat dengan student-student aku pulak. Ikutkan memang banyak perbezaan antara research method yang budak master dan PhD gunakan compare dengan budak-budak aku yang baru nak habiskan Diploma dan terpaksa buat FYP sebagai syarat bergraduat. Tambah pulak lagi diorang ni buat Diploma Kemahiran Malaysia, kalau dah namapun kemahiran, maka projek pun kenalah gunakan kemahiran tetapi adalah jugak selit sikit-sikit teori (itupun kalau diorang faham). Projek diorang ni kalau boleh adalah produk. Yang boleh digunapakai oleh sesiapa sahaja. Kalau di ILP Kuala Langat, memang diorang set target, setiap projek FYP mesti ada klien yang nak pakai, baru boleh buat. So far, Alhamdulillah, semua projek memang ada kliennya.

So, baru-baru ni, dengan izin dan restu daripada Dr. OT, aku pun memulakan proses "transfer of learning" daripada apa yang aku belajar dalam kelas kepada situasi yang dihadapi oleh anak-anak murid kesayangan aku ni. Aku ni lahir dari aliran akademik jugak, tapi aku sayang dan jatuh cinta dengan bidang kemahiran ni, sebab aliran ni "real", "nampak", "boleh pegang", compare dengan aku belajar dulu, menghafal definisi router bagai nak rak, tapi router pun tak pernah tengok, lagilah nak pegang. (tapi tak tahulah sekarang kan..)

Aku buat kursus dua hari dengan diorang, hari pertama aku namakan slot SET. Sistematik, Efisien, dan Tepat (SET). Aku nak diorang mulakan projek dengan betul, sistematik, tepat mengikut kehendak cikgu, menghasilkan impak yang besar, dan lebih penting, diorang tahu apa yang diorang buat. Ini kang, ada pulak yang masa presentation boleh jawab "saya pun tak pasti kenapa saya buat macamni". Memang haru birulah.

Lepas tu, slot hari kedua, aku namakan slot FORWARD. Sepertimana Dr. OT ke serata Malaysia untuk promotekan student master dan PhD untuk gunakan MS Word seoptimum mungkin, macamtulah jugak aku sebarkan ilmu yang sama kepada semua budak-budak FYP ni. Bila dah buat bengkel ni, baru aku perasan betapa dahaganya diorang dengan pengetahuan dan skill yang boleh melancarkan penulisan laporan projek FYP. Uniknya projek FYP diorang ni sebab, diorang kena hasilkan "masterpiece" atau produk, at the same time kena siapkan laporan ala-ala thesis yang tak boleh lebih 100 mukasurat. Masa yang diberi ialah 3 bulan. Masalah utama diorang ni, namapun budak kemahiran, bab buat projek memang dasyatlaa.. sanggup tak tidor malam, sampai berjaga 48 jam pun ada, semata-mata nak siapkan projek (sebenarnya last minute je macamtu pun..). Bila tengok projek, memang bestlaah.. meletup.. wow factor semua ada.. tapi bila buka buku laporan projek... aduhhhh... berdenyut-denyut kepada pengajar yang semak. Ada setengah tu, dah standby minyak cap kapak siap-siap kat atas meja (cuma belum ada kes sesak nafas kena hantar hospital banting je..). Memang haru biru. Format tak betul. Struktur laporan tunggang langgang. Ayat dah macam baca novel indonesia (bahana guna google translate). Memang capek dibuatnya.. (tengok aku pun terpengaruh dah..).

So, aku pun kongsikanlah ilmu yang tak seberapa (dengan izin Dr. OT) untuk diorang gunakan semasa menulis laporan. Itupun, belum tentu semua ikut, tapi takpelah, usaha dah dibuat, selebihnya ketentuan Allah (macam pernah dengar ayat ni, kat mana eh baca..).

Nak jadikan cerita, itulah kursus yang terakhir aku dapat handle di ILP Kuala Langat sebab mula 1 November baru ni, aku dah bergelar full time student. Sebab tulah, aku rasa perlu wujudkan blog ni untuk menulis serba sedikit buat pedoman budak-budak Diploma Kemahiran ni sebab jenuh dah aku search memang takde sapapun nak ngajor diorang ni. Takpelah, kalau ramai Dr.-Dr. lain dah fokus pada student master & PhD, biar aku pulak amik peranan untuk bantu budak-budak Diploma especially kemahiran ni. (aku takde Dr. lagi, tapi cita-cita naklah jugak..).

So, to my students, this blog is dedicated to all of you..

Mesti "SET! FORWARD!"