Showing posts with label Projek. Show all posts
Showing posts with label Projek. Show all posts

Sunday, 11 January 2015

Tajuk 19 : Bagaimana Menulis Penyataan Masalah? (Penjelasan Terkini & Lebih Mudah!)

Saya pasti inilah sub-topik yang paling bermasalah untuk ditulis oleh pelajar, kerana namanya pun "penyataan masalah".

Tapi, anda jangan rasa susah hati, kerana ini bukan masalah anda sahaja. Mereka yang belajar di peringkat Master dan Phd juga berhadapan masalah yang sama. Ini disebabkan tafsiran yang berbeza mengikut konteks pemahaman masing-masing.

Baiklah, untuk memudahkan anda memahami apakah yang dimaksudkan penyataan masalah, saya cuba terangkan semudah yang mungkin, supaya anda dapat menulis penyataan masalah masing-masing dengan tepat.

Contoh;

Saya ingin membuat projek "Home Smart CCTV". Namanya nampak canggih tetapi apakah sebenarnya ciri-ciri dan fungsi yang ada pada "Home Smart CCTV" ini?. Untuk menerangkan ciri-ciri dan fungsi "Home Smart CCTV", saya perlu ceritakan di bawah sub-topik "sinopsis projek" (saya tak perinci disini kerana artikel ini tentang penyataan masalah).

Baik, sebelum menceritakan penyataan masalah, adalah lebih baik anda menulis dulu "latar belakang projek" ini supaya pembaca akan jelas tentang masalah yang sebenar. "latar belakang projek" akan menceritakan tentang keadaan sedia ada/masa kini yang berlaku SEBELUM projek anda dilaksanakan.

Contoh;

LATAR BELAKANG PROJEK
-------------------------------------------
Pada masa kini, kejadian seperti pecah rumah, rompakan bersenjata, kecurian, sering berlaku di kawasan perumahan. Kebanyakan penghuni akan keluar bekerja pada waktu pagi hinggalah petang dan meninggalkan rumah dalam keadaan kosong. Ini mengundang kepada kejadian jenayah seperti pecah rumah terutamanya di kawasan-kawasan yang sunyi dan jauh dari tumpuan orang ramai.

CCTV telah digunakan oleh pemilik rumah yang peka dengan keselamatan rumah mereka untuk memantau sebarang kejadian jenayah yang berlaku untuk memudahkan siasatan pihak polis. Namun begitu, kebanyakan CCTV yang dipasang menyimpan video yang dirakam di dalam PC yang terletak di dalam rumah itu sendiri. Penjenayah yang semakin bijak boleh memadam rakaman tersebut sebelum dapat dilihat oleh pemilik rumah (perhatikan ayat ini, ini adalah masalah kepada pemilik rumah, tetapi bukan masalah kita). Oleh itu, CCTV yang mempunyai tempat simpanan video rakaman yang lebih selamat perlu direkacipta untuk mengelakkan kejadian tersebut berlaku (ini adalah objektif projek anda).

-------------------------------------------

Penerangan;

Anda telah menjelaskan keadaan SEBELUM projek anda dilaksanakan. Pembaca mula nampak apa yang anda ingin lakukan. Tetapi apa masalah yang sebenarnya? Rujuk semula perenggan di atas, masalah tempat simpanan rakaman video yang tidak selamat adalah masalah pemilik rumah. Tetapi apa sebenarnya masalah anda? Maka, di bahagian "penyataan masalah" anda perlu menulis tentang masalah yang MEMERLUKAN ANDA sebagai penyelesai masalah.

PENYATAAN MASALAH
------------------------------------
CCTV memerlukan tempat penyimpanan rakaman video yang selamat daripada tindakan memadam bukti yang dilakukan oleh penjenayah. Simpanan yang dibuat hanya ke dalam PC di rumah amat terdedah kepada tindakan ini. Rakaman video perlu disimpan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh penjenayah seperti cloud storage yang disimpan di tempat lain. Namun begitu, setakat ini, masih kurang CCTV yang berkemampuan untuk membuat simpanan di dalam cloud storage (ini ayat masalah, dan inilah masalah anda yang sebenarnya! anda kena selesaikan masalah ini). Oleh itu, projek "Home Smart CCTV" yang mempunyai ciri-ciri simpanan rakaman ke cloud storage ini perlu dilaksanakan untuk menyelesaikan dilema tersebut dan memberi pilihan kepada pemilik rumah untuk mendapatkan solusi yang terbaik kepada masalah mereka.

-------------------------------------

Penerangan;

Ok, nampak tak sekarang, apa bezanya masalah orang ramai, dengan masalah yang perlu anda letakkan sebagai "penyataan masalah".

Sebagai ringkasan, biar saya mudahkan begini,

LATAR BELAKANG PROJEK.
Anda akan menceritakan tentang keadaan/masalah/kelemahan sedia ada yang menjadi masalah kepada orang lain.

PENYATAAN MASALAH
Anda akan menceritakan masalah yang perlu anda selesaikan dalam bidang kemahiran anda sebagai pelajar FYP untuk menyelesaikan masalah orang lain tadi.

Dua-duanya masalah, tetapi berbeza. Harap anda mendapat manfaat daripada artikel ini.

Jika anda rasa baik untuk pemahaman rakan-rakan, kenapa tidak kongsikan dalam status facebook anda. Hanya tekan butang Share!

Selamat Maju Jaya.

Monday, 29 September 2014

Tajuk 17 : Rahsia jadikan penonton terlopong mendengar pembentangan anda!

Apa yang anda INGINKAN DARIPADA PENONTON semasa anda membuat presentation?
1. Mereka mendengar apa yang anda sampaikan.
2. Mereka tidak menguap mendengar persembahan anda.
3. Mereka memberi perhatian sepenuhnya kepada anda.
4. Mereka tidak bersembang dengan rakan sebelah.
5. Mereka berminat, dan banyak bertanya tentang Projek anda.

Tetapi kenapa semua ini tidak berlaku semasa anda membuat pembentangan? Kenapa segala-galanya kelihatan kosong dan mengelirukan di mata mereka? Kenapa mereka kelihatan SEGAN dan tidak mahu bertanya kepada anda?

Sebabnya ANDA TIDAK MENYEDIAKAN CAWAN (OTAK KOSONG) UNTUK MENUANG AIR KOPI (IDEA) ANDA! Anda biarkan IDEA anda melimpah-limpah di ATAS LANTAI!


Tanpa Cawan yang kosong, Air Kopi akan melimpah-limpah dan tak dapat diminum!

Penonton di hadapan anda tidak tahu kenapa mereka perlu mendengar pembentangan projek anda. Maka, tanggungjawab anda untuk MENGOSONGKAN minda mereka supaya bersedia untuk menerima IDEA BARU anda yang kelihatan menarik untuk mereka.

Kebanyakan pelajar, terus membuat pembentangan dengan menceritakan tajuk projek, latar belakang kajian, barulah penyataan masalah. Dalam 5 minit pertama pembentangan, semasa anda membuat pembentangan, penonton sedang mencari jawapan kepada persoalan "KENAPA AKU KENA DENGAR PRESENTATION DIA NI?". Kalau anda tak berjaya memberikan jawapan kepada persoalan ini dalam tempoh tersebut. Maka, dialog anda yang seterusnya tidak akan dihiraukan.

Saya cadangkan anda bermula dengan PENYATAAN MASALAH! Ceritakan apa masalah yang berlaku sehingga anda TERPAKSA menghasilkan PROJEK YANG MENYELESAIKAN MASALAH!

Apabila anda bercerita tentang MASALAH, penonton akan mula mengosongkan minda mereka secara automatik kerana mereka ingin tahu apa penyelesaiannya.

Contohnya,
Projek anda adalah "PENGEMOP LANTAI AUTOMATIK"

Babak 1

Anda mulakan dengan ayat "TIADA SIAPA YANG MENYUKAI PEKERJAAN MENGEMOP LANTAI"
(penonton akan mula bersetuju dengan anda)

Anda sambung, "MENGEMOP LANTAI ADALAH PEKERJAAN YANG SANGAT MEMENATKAN, BAYANGKAN JIKA ANDA MEMPUNYAI RUMAH BANGLO!"
(penonton mula berimaginasi tentang rumah mereka sendiri)

Anda menekan lagi, "ADAKAH KITA SANGGUP TERUS MENGEMOP LANTAI SEPANJANG HIDUP KITA?"
(mereka akan mula tertekan dengan situasi yang anda bayangkan)

Anda cuba berlagak hero, "ALANGKAH INDAHNYA JIKA HIDUP TIDAK PERLU MENGEMOP LAGI, ADAKAH WUJUD ALAT YANG BOLEH MEMBANTU?"
(mereka mula tertanya-tanya, ada ke alat untuk mop? kat mana nak cari?)

Anda pun dengan berlagak, memegang "Pengemop lantai automatik" anda dan menyatakan dengan TERUJA, "PENYELESAIANNYA DI HADAPAN MATA ANDA".
(anda telahpun ikat perhatian mereka, mereka akan tidak sabar menantikan, bagaimana PRODUK AJAIB anda menyelesaikan masalah mereka).

Kemudian, baru anda perkenalkan "PROJEK SAYA, PENGEMOP LANTAI AUTOMATIK"

Tamat Babak 1.


Apa yang berlaku adalah, anda telah mewujudkan ruang baru dalam otak mereka, untuk menerima maklumat yang anda ingin sampaikan. Anda telah MEMBERIKAN MASALAH yang menyebabkan mereka meronta-ronta mencari jawapan kepada penyelesaian yang sebenarnya ada di TANGAN anda!

Kesilapan anda yang biasa adalah menawarkan penyelesaian (ceritakan tentang projek anda) tanpa menceritakan apa masalah sebenarnya (penyataan masalah yang tidak jelas)!

Cuba anda aplikasikan teknik ini dalam pembentangan anda, dan lihat bagaimana penonton dan anda seperti MAGNET! Cuba SEKARANG!

~MAK~

Friday, 20 December 2013

Tajuk 2 : FYP adalah Mahakarya Anda!

Cuba tengok projek apa awak buat?

Malulah cik, tak berapa best pun projek saya..

Aihh.. dah sampai 2 bulan buat projek pun, takkan tak dapat hasil yang best..

Alaa cik.. saya buat just nak habiskan diploma ni je cik.. janji lulus.. dapat diploma.. cari keje...

Amboihh senangnyee cara awak fikir.. awak ingat dengan projek macamni awak senang ke nak cari keje..

Apa kaitan projek saya dengan carik keje cik.. saya kan ada portfolio yang tebal2 tuh.. tahap 2 ada, tahap 3, tahap 4, semua bukti2 ada dalam tu.. mesti diorang bagi saya keje.. sebab markah saya tinggi-tinggi..

Kesiannya laa awak boleh fikir macamtu..

Kenapa cik, salah ke..?

Bukan salah je lagi, dah tersesat jauh dah awak ni... manalaaa ada company yang nak tengok portfolio awak yang dah macam kitab lama yang tebal-tebal tu.. diorang takde masa pun nak selak.. kalau awak nak interview cikgu vto tu mungkinlah diorang nak tengok.. tapi kalau awak nak kerja industri, FYP nilah nyawa awak.. best FYP awak.. maka bestlah pandangan pada awak.. kalau lingkup FYP, lingkup jugaklah pandangan pada awak..

Yeke cik.. camtu sekali ke..

Yelaahh.. awak ingat FYP ni untuk main-main ke.. FYP lah tempat untuk membuktikan kecintaan awak kepada bidang yang awak belajar ni sehingga menghasilkan MAHAKARYA CINTA.

Lagu-lagu Faizal Tahir ni memang MahaKarya (Credit to Faizal Tahir)


Amboihh cik... pelik sangat dah saya dengar.. apa bendanya tu cik..

Awak ni.. kata peminat Faizal Tahir.. haha.. yelaahh.. awak dah duduk dekat 30 bulan (5 semester) belajar benda-benda multimedia ni, takkanlah awak tak jatuh cinta langsung.. takkanlah awak tak minat langsung.. so, FYP nilah saatnya awak membuktikan yang awak telah mempunyai kehebatan dan kemahiran tinggi dalam bidang ni.. hang kata hang terraa..

Uishhh... cik.. saya takdelah pulak fikir sampai ke situ..

Masa nilah awak gabungkan semua kemahiran yang awak belajar dari semester 1 sampai semester 5 untuk hasilkan FYP yang "melambangkan" keunggulan awak sebagai pelajar yang tersohor di mata industri.. biar bakal majikan nilai hasil kerja awak yang berkualiti tinggi ni, bukannya porftolio awak yang berkeberatan lebih 10 kilo tu..

Bistu cik, macamana ni cik, ada sebulan je lagi tinggal..

Awak cubalah repair mana yang boleh, upgrade sikit, tambah lagi wow factor dalam projek awak ni.. biar orang tertanya-tanya macamana eh budak ni buat benda nih, macamana eh budak ni boleh dapat idea ni, huihh sempoilah idea budak ni.. biar sampai orang cakap macam tu.. ini tak.. asal tengok presentation FYP je, panel PPL sampai menguap2 macam seladang kat Zoo Negara tengok ko present.. dahla projek tak best.. baca pulak slide powerpoint.. macam baru belajar membaca..

Aduhh cik.. sentap betul ayat..

Biar sentap sekarang, jangan tersentap2 depan panel nanti..

Ok cik, saya akan repair balik, saya buat bagi best lagi..

Baguslah, ada masa lagi, jangan  cepat puas hati.. ingat.. Mahakarya ni.. kalau hang nak pergi cari kerja, jangan lupa tunjuk pada diorang.. inshaa Allah.. kalau best.. kerja memang dalam tangan.. lupa-lupakanlah portfolio yang kena bawak guna troli tu..

Hahaha cik.. anti betul cik dengan portfolio kitorang...

Tahu Takpee...


~Dalam bidang kemahiran, Mahakarya semasa FYP adalah amat penting untuk mencari pekerjaan~

Thursday, 19 December 2013

Pengenalan (Ta'aruf Blog)


Sejak aku further study kat UPM dan belajar Research Method daripada sifu Dr. OT (drotspss.blogspot.com) yang sememangnya sentiasa muncul di saat aku memerlukan (panjang kisahnya), aku rasa terpanggil untuk share ilmu yang aku dapat dengan student-student aku pulak. Ikutkan memang banyak perbezaan antara research method yang budak master dan PhD gunakan compare dengan budak-budak aku yang baru nak habiskan Diploma dan terpaksa buat FYP sebagai syarat bergraduat. Tambah pulak lagi diorang ni buat Diploma Kemahiran Malaysia, kalau dah namapun kemahiran, maka projek pun kenalah gunakan kemahiran tetapi adalah jugak selit sikit-sikit teori (itupun kalau diorang faham). Projek diorang ni kalau boleh adalah produk. Yang boleh digunapakai oleh sesiapa sahaja. Kalau di ILP Kuala Langat, memang diorang set target, setiap projek FYP mesti ada klien yang nak pakai, baru boleh buat. So far, Alhamdulillah, semua projek memang ada kliennya.

So, baru-baru ni, dengan izin dan restu daripada Dr. OT, aku pun memulakan proses "transfer of learning" daripada apa yang aku belajar dalam kelas kepada situasi yang dihadapi oleh anak-anak murid kesayangan aku ni. Aku ni lahir dari aliran akademik jugak, tapi aku sayang dan jatuh cinta dengan bidang kemahiran ni, sebab aliran ni "real", "nampak", "boleh pegang", compare dengan aku belajar dulu, menghafal definisi router bagai nak rak, tapi router pun tak pernah tengok, lagilah nak pegang. (tapi tak tahulah sekarang kan..)

Aku buat kursus dua hari dengan diorang, hari pertama aku namakan slot SET. Sistematik, Efisien, dan Tepat (SET). Aku nak diorang mulakan projek dengan betul, sistematik, tepat mengikut kehendak cikgu, menghasilkan impak yang besar, dan lebih penting, diorang tahu apa yang diorang buat. Ini kang, ada pulak yang masa presentation boleh jawab "saya pun tak pasti kenapa saya buat macamni". Memang haru birulah.

Lepas tu, slot hari kedua, aku namakan slot FORWARD. Sepertimana Dr. OT ke serata Malaysia untuk promotekan student master dan PhD untuk gunakan MS Word seoptimum mungkin, macamtulah jugak aku sebarkan ilmu yang sama kepada semua budak-budak FYP ni. Bila dah buat bengkel ni, baru aku perasan betapa dahaganya diorang dengan pengetahuan dan skill yang boleh melancarkan penulisan laporan projek FYP. Uniknya projek FYP diorang ni sebab, diorang kena hasilkan "masterpiece" atau produk, at the same time kena siapkan laporan ala-ala thesis yang tak boleh lebih 100 mukasurat. Masa yang diberi ialah 3 bulan. Masalah utama diorang ni, namapun budak kemahiran, bab buat projek memang dasyatlaa.. sanggup tak tidor malam, sampai berjaga 48 jam pun ada, semata-mata nak siapkan projek (sebenarnya last minute je macamtu pun..). Bila tengok projek, memang bestlaah.. meletup.. wow factor semua ada.. tapi bila buka buku laporan projek... aduhhhh... berdenyut-denyut kepada pengajar yang semak. Ada setengah tu, dah standby minyak cap kapak siap-siap kat atas meja (cuma belum ada kes sesak nafas kena hantar hospital banting je..). Memang haru biru. Format tak betul. Struktur laporan tunggang langgang. Ayat dah macam baca novel indonesia (bahana guna google translate). Memang capek dibuatnya.. (tengok aku pun terpengaruh dah..).

So, aku pun kongsikanlah ilmu yang tak seberapa (dengan izin Dr. OT) untuk diorang gunakan semasa menulis laporan. Itupun, belum tentu semua ikut, tapi takpelah, usaha dah dibuat, selebihnya ketentuan Allah (macam pernah dengar ayat ni, kat mana eh baca..).

Nak jadikan cerita, itulah kursus yang terakhir aku dapat handle di ILP Kuala Langat sebab mula 1 November baru ni, aku dah bergelar full time student. Sebab tulah, aku rasa perlu wujudkan blog ni untuk menulis serba sedikit buat pedoman budak-budak Diploma Kemahiran ni sebab jenuh dah aku search memang takde sapapun nak ngajor diorang ni. Takpelah, kalau ramai Dr.-Dr. lain dah fokus pada student master & PhD, biar aku pulak amik peranan untuk bantu budak-budak Diploma especially kemahiran ni. (aku takde Dr. lagi, tapi cita-cita naklah jugak..).

So, to my students, this blog is dedicated to all of you..

Mesti "SET! FORWARD!"