Thursday, 9 January 2014

Tajuk 6 : Apa dia "Analisa Projek Lepas"..?? (Bab 2, Laporan FYP)

Minggu lepas memang fokus aku banyak tertumpu kepada Final Exam macam kebanyakan budak2 universiti  lain.. cuma bezanya, ni bapak budak amik exam.. so tahap ingatan dah mula menurun ni, bacaan kena banyak kali.. dalam kesibukan membaca, dapat satu pertanyaan daripada student ILP,

 "Assalamualaikum encik ammar maaf menganggu hujung minggu encik,saya ingin minta bantuan kerana saya tak faham dengan kenyataan yang saya print screen ni, jika ia tiada kaitan dengan projek saya macam kajian analisis projek lepas, boleh saya padam ? saya kurang faham diharap dapat membantu?" (Soalan asal tanpa sebarang ubahsuai..)

Analisa Projek Lepas dan Latar Belakang Teori duduk dalam Bab 2, Laporan FYP




Ok, nak jawab soalan ni walaupun nampak simple tapi nak carik ayat penerangan yang mudah tu payah... kalau jawab "ok, awak boleh buang je analisa projek lepas.." memang senanglah keje.. aku senang... student lagila senang..

Sebenarnya apa yang nak ditulis dalam "Analisa Projek Lepas" ni..?

Sekarang korang baru nak mulakan buat FYP, sebelum nak mula buat FYP, mestilah korang kena cari maklumat-maklumat yang korang perlukan untuk siapkan FYP korang. So, antaranya adalah mencari contoh-contoh projek sebelum ni yang pernah dibuat oleh orang lain.. kebiasaannya projek yang korang nak buat mesti dah ada orang pernah buat.. cuma korang je yang taknak carik.. korang je yang rasa idea tu korang yang pertama di dunia fikir.. sebab kebiasaannya apa yang korang buat mesti ada dapat inspirasi daripada mana-mana projek yang korang pernah tengok atau korang pernah baca, barulah timbul idea nak buat projek FYP korang..

So, kalau korang ingat daripada mana korang dapat idea tu, itu adalah langkah pertama untuk mulakan "analisa kajian lepas" korang.. kalau untuk Diploma Kemahiran ni, saya rasa analisa korang kalau dah boleh kupas tentang isu (permasalahan yang menyebabkan korang buat projek) dan metodologi/kaedah/teknik (cara-cara korang nak hasilkan projek) pun dah cukup bagus dah.. citer banyak pun tak guna, saya bagi contoh eh, 

Korang nak buat video klip keselamatan jalanaraya dengan menggunaan teknik stop-motion.
 
Korang pun search dalam youtube video pasal keselamatan jalanraya dan jumpa macam2 jenis video keselamatan jalanraya yang orang pernah buat. korang pun cuba kenalpasti, apa tema atau isu yang diorang cuba hilight untuk keselamatan jalanraya, yelah.. isu kan banyak, melintas jalan kena langgar, tak pakai tali pinggar keledaar, bawak laju macam roket, memotong di garisan berkembar, dan macam2 lagilah.. so, korang tengoklah, topik apa yang orang tak buat lagi.. mesti ada punya.. contoh... pakai tali pinggang keledar belakang.. tak ramai orang buat video lagi.. berhenti di garisan belang.. pun ramai yang tak paham2 lagi.. so, korang boleh carik dah isu yang korang nak hilight.. ok, setel bab isu.. (tapi korang tulislah banyak sikit.. janganlah simple sangat macamni..)

Pastu korang tengok, semua video ni guna rakaman video lakonan biasa. So, daripada sini, korang boleh katakan daripada kajian projek lepas yang korang lakukan, hampir semua video dihasilkan menggunakan teknik lakonan dan tidak ada yang menggunakan teknik stop-motion. Korang sebutlah sikit nama video2 yang guna teknik lakonan tu dalam laporan sebagai rujukan, nak bagitau yang korang memang ada buat kajian. Maka, bila korang nak buat video guna teknik stop-motion, mestilah video ni idea baru.

Then katakanlah, korang carik2 video, jumpa jugak video keselamatan yang dihasilkan guna teknik stop-motion, korang kajilah pulak, stop-motion jenis apa diorang pakai, sebab stop-motion ada banyak.. korang boleh tulis dalam ni, video stop-motion macamana yang korang jumpa, pastu korang cakaplah stop-motion jenis apa yang korang nak buat dalam FYP. Mestilah korang punya berbeza daripada apa yang korang dah buat. So, setel bab metodologi.. (tapi kalau korang kaji mendalam, macam2 benda korang jumpa, macam2 jenis projek video dah orang buat, so citerlah dalam topik ni.. 

Jadi kesimpulannya, adalah tidak logik kalau takde topik "analisa kajian lepas" ni kalau korang buat FYP, sebab mesti ada projek yang sedemikian rupa, cuma ciri-ciri atau rekabentuk projek tu mungkin tak sama.. tapi boleh dijadikan permulaan kepada korang menambah baik atau membestkan projek lama yang dah ditelan dek zaman tu..

Satu lagi contoh lah, tak puas hati asyik multimedia je..

Ok, katakanlah korang nak buat projek networking. Korang nak buat tajuk "Aplikasi Public Announcement menggunakan VOIP Network".. (jangan tanya ada ke tak benda ni, saya main tulis je, korang buatlah kajian..)

Mestilah korang akan kaji dulu, sebelum ni, orang guna VOIP untuk aplikasi apa..? contohnya ada orang guna untuk buat panggilan telefon.. so, citerlah sikit dalam analisa kajian lepas, ada orang pernah guna untuk telefon, macamana dia buat, teknik apa dia pakai, macamana aplikasi dia, kat mana diorang aplikasikan.. korang citerlah semua tu dalam analisa kajian lepas..

Pastu korang nak buat VOIP jugak, tapi untuk buat public announcement.. korang trylah carik.. boleh ke..? mungkin idea kasar dia, daripada projek yang lepas tu.. guna telefon call ke telefon, korang ganti dengan telefon call ke PA System.. PA System ada kad GSM untuk terima call... and so on.. so on.. (pun korang jangan percaya sangat idea ni.. saya cuma melontar je.. kena kajian lebih..). So, nampak tak.. korang dah pun modified projek yang lepas dengan tambah idea korang sendiri...

Kalau korang sambung projek yang senior sebelum ni pernah buat, mesti korang senang2 dah boleh taip "analisa kajian lepas", sebab diorang mesti ada bagitahu apa kelemahan projek diorang, dan kenapa korang kena tambah ciri-ciri yang korang nak tambah.. so, janganlah malas mengkaji.. kita bukan nak buat projek syok sendiri.. kita nak hasilkan projek yang ada nilai inovasi, kreativiti, dan boleh menambahbaik kualiti kehidupan manusia.. so, kajilah dalam2..

Kesimpulannya, "analisa projek lepas" memang wajib ada dalam laporan FYP, sebab projek korang mesti ada merujuk kepada mana-mana projek sebelum  ni, sebelum korang dapat idea yang korang nak buat.. 

Kaji ye.. sambil mengaji...

~Apa yang kita nak buat, mungkin ada orang lain dah pernah buat, so, kalau nak mudah, tambah ciri-ciri, ubahsuai mana-mana bahagian, atau buang dan ganti dengan benda lain, untuk hasilkan projek korang yang unik dan terkini..~



Wednesday, 25 December 2013

Tajuk 5 : Buat proposal dalam satu muka surat.. biar betul..??

Cik.. saya rasa saya dah baca macam2 buku dan website.. saya rasa banyak dah saya tahu.. saya macam dah dapat idea dah nak buat projek saya.. tapi bila saya nak cite balik pada orang.. macam susah sangat.. macam tak terkeluar apa yang ada dalam kepala hotak saya yang bergeliga ni.. saya tak jumpa perkataan nak jelaskan pada penyelia saya..

Awak dah banyak baca? baguss... macamnilah baru nama student nak buat FYP.. disebabkan awak dah banyak membaca.. jadi saya dengan senang hati nak perkenalkan awak dengan A-Chart yang saya adaptasikan daripada ROT yang dihasilkan DR. OT ni..

A-Chart.. apa benda tu cik..??

Rilekslaa... awak ni.. sikit2 terkejut.. sikit2 terkejut.. buat macho sudahla.. ni saya nak explain ni..

biasalah cik.. saya ni macam biawak ILP jugak, senang terperanjat.. hahaha..

Patutlahh.. ok.. cuba awak tengok rajah yang saya bagi ni..

Kisah Keseluruhan Final Year Project - Diploma Kemahiran (A-Chart)

Inilah yang saya namakan A-Chart (Apa maksud A? biarlah rahsia..haha.. ) Kalau awak boleh isi semua ruang dalam A-Chart ni, maknanya awak dah boleh mula buat FYP awak dengan sistematik, efisien, dan tepat.

Huih cik.. macam menarik je.. tapi saya musykil.. macamana nak guna ni cik..

Ok, awak kata, awak dah banyak membaca tadi kan.. so, awak senaraikan kat kotak paling atas tu, semua rujukan penting yang awak dah jumpa, kalau boleh, rujukan yang memang awak akan rujuk daripada mula sampai habis projek.. kalau istilah canggih dia "pilot reference"..

ni ada kena mengena dengan naik kapal terbang ke cik..? siap ada pilot bagai..

hisshh.. awak ni.. pilot kan kerja dia drebar kapal terbang.. so, dia yang menentukan halatuju kapalterbang.. so, samalah rujukan2 awak ni.. rujukan ni akan tentukan kemana awak terbang, senang cite macam peta yang akan memandu perjalanan awak sepanjang melaksanakan FYP awak..

So, bila dah ada rujukan, awak mesti dah ada banyak maklumat yang berlegar-legar dalam kepala awak tu.. so, awak masukkanlah semua yang awak fikir tu dalam kotak-kotak tu.. pendekkan cerita, kalau awak masih tak boleh nak lengkapkan semua kotak tu, maknanya awak belum cukup buat kajian.. maka teruskanlah mencari jawapan kepada semua kotak-kotak yang ada dalam gambarajah kat atas tu.. once dah siap, awak tunjuk je kertas sekeping ni pada penyelia/SV awak.. confirm dia akan meleleh airmata kegembiraan kerana dapat student yang genius macam awak.. itu belum adik awak tengok lagi.. mesti dia nak register masuk ILP..

huih cikk.. meremang bulu tengkuk saya cik.. ni yang semangat nak isi semua kotak-kotak ni..

baguslah awak dah dapat balik semangat awak tu.. so, jangan tunggu lagi.. awak dah boleh mula isi kotak-kotak tu..

Ishh cik.. rugi saya baru jumpa benda ni sekarang.. kalau saya tahu dulu.. dari sem 4 saya dah mula cari tajuk projek guna A-Chart ni.. mesti dah banyak tajuk saya boleh buat.. bayangkan kalau dalam 2 bulan saya boleh buat satu A-Chart, satu semester dah dapat 3 A-Chart.. masuk semester 5, saya tinggal nak pilih mana nak buat je.. sayangnyaa...

Takpee.. its better late than never... so, kalau dah faham.. apa lagi.. sharela dengan junior2 awak.. ilmu tak boleh lokek.. sebab ilmu terbalik dengan duit.. ilmu, makin simpan makin sikit, makin bagi, makin banyak.. so.. sebar sebarkan...

Baik cik.. kalau saya tak faham lagi macamana cik..

Awak join kursus SET saya.. Inshaa Allah.. lebih jelas..

Thankss cik..

~Terima kasih Dr. OT atas keizinan adaptasi~

Tuesday, 24 December 2013

Tajuk 4 : Penyelia Projek (Supervisor) tak patut buat pelajar macamni!

 Assalamualaikum cik.. lama senyap.. cik tak tulis kat blog ke.. saya tunggu nak baca ni..

Waalaikumsalam.. takdelah lama sangat, baru berapa hari pun, bukan taknak menulis, tapi saya pun macam awak jugak nak amik final, cuma awak dah sudah, saya baru nak mula ni, kenala pegang buku sikit..

Hahah.. tak sangka cik pun kena amik exam lagi.. kalau saya, habis diploma ni, cari kerja, dapat gaji best2, taknak dah sambung belajar.. penat..

Suka hati awaklah.. esok bila awak dah kerja lebih 10 tahun macam saya baru awak tahu kenapa kena terus belajar, nantilah lain kali saya citer bab tu.. citer sekarang pun awak bukan faham sangat..

hahaha.. betul gak tu cik.. cik.. sem depan saya nak buat FYP, tapii tulaa.. saya dapat penyelia (SV) tak bestlah cik.. saya tak minat sangat puan tu.. cane eh cik..

ko kenal rapat ke dengan puan tu sampai tahu dia best ke tak best?

ehh.. dia pernah ajar saya subjek animation dulu cik.. saya tak faham sangat pun.. huhuhu..

Tak faham sebab dia ajar ke, tak faham sebab awak yang keje tidoo je dalam kelas..

itu pun ye jugak cik..soryy cik..

macamnilahh.. saya malas nak ulas pasal cik2 atau puan2 awak ni.. bagi saya semua ada karakter masing-masing, kelebihan, kekuatan, kekurangan, dan kelemahan masing2.. namapun manusia, mana ada perfect.. tapii sama ada best atau tak FYP ni bukan bergantung pada diorang.. sebenarnya awak yang menentukan.. 90% adalah usaha awak sendiri.. diorang cuma 10% itu pun kadang2 tak sampai..

Saya listkan 9 mitos tentang penyelia yang biasa korang gembar gemburkan, padahal semuanya takdelah betul pun.. mitos je semua ni..

1. Kalau nak cari penyelia, cari penyelia yang best2.. best2 tu maksudnya takde marah-marah kita, takde pressure2 kita, tak kisah pun kita buat projek ke tak, kalau kita jumpa, dia layan, kalau kita tak jumpa pun dia rileks je, takde nak carik..

Korang, kalau carik penyelia macamni, memanglah korang rasa  indahnya dunia.. sbab takde tekanan langsung.. rasa macam berenang-renang di lautan tanpa risaukan jaws datang.. tapii kalau korang jenis yang boleh kerja sendiri, oklah.. FYP tetap siap.. tapi kalau korang jenis 24 jam tidoo je kat bilik.. memang alamatnya.. babai jelah..

2. Cari penyelia yang pandai, terror, boleh tolong ajar buat semua FYP kita. Ini memang dari dulu saya hangin. FYP adalah peluang untuk awak gunakan segala kemahiran yang dah dapat, untuk hasilkan Maharkarya awak.. bukannya mahakarya cikgu awak.. ini.. projek belum mula, dah mindset siap2.. bestlah aku.. buat projek ni boleh tanya En. Zawi (bukan nama sebenar), dia pandai website2 ni.. nanti mesti dia tolong buatkan untuk aku... banyaakkkkkkk canttiikkkk... nah amik cermin ni.. cermin diri sikit..

3. Saya dapat penyelia yang tak pandai bidang ni, nanti susahlah nak buat projek.. kalau tanya mesti asyik cakap tak tahu..
kan saya dah cakap, yang nak buat projek tu awak, bukan cikgu awak, memanglah kadang2 kami ni terpaksa bertukar bidang, sebab naik pangkatlah, caturan organisasilah.. macam2 sebab lagilah.. tapi... diorang ni semua pernah buat FYP macam awak jugak.. so, setakat nak advise macamana nak buat FYP, diorang memang boleh sangat.. tapi nak tolong awak buat FYP.. memang tak dapeklah nolong.. sebab memang bukan bidang diorang.. tapi korang ada option, walaupun bukan SV, cik2 lain tu korang masih boleh pergi tanya.. tapiii janganlah dah sem 6 still tanya.. "Cik.. video camera ni macamana nak on kan ye...??".. memang saya sumpah jadi tripod serta merta..

4. Kalau dapat penyelia ketua bahagian/jabatan mesti boleh bagi lulus punya.
Hah, ini lagi mengarut.. memang takde maknenyee.. siapa pun SV awak.. kalau projek FYP awak memang meletop.. memang wow.. inshaa Allah akan lulus.. silap haribulan boleh dapat Gold Medal lagi.. (kalau ICE kat ILP Kuala Langat nilah..). Kalau SV je berjawatan, tapi FYP awak macam anak saya darjah 4 buat slide presentation powerpoint.. awak rentikan jelah Diploma ni.. mula ambik sijil semula..

5. Penyelia selalu sibuk, susah nak jumpa, jadi, tak payah jumpalahh..
 Itulah masalah korang, dah tahun SV korang tu sibuk, bila nak datang jumpa, macam terasa nak pergi buang air kecik.. rasa nak terkutil je.. terus masuk toilet.. rasa nak jumpa je, terus redah masuk bilik.. memanglah kena halau.. diorang pun ada banyak kerja lain.. at least.. setlah appointment.. minta dia bagitahu, bila masa boleh jumpa.. atau lebih baik.. korang sendiri set dengan dia.. cik.. setiap khamis pukul 5 petang, kitorang akan lapor progress mingguan.. huuhhh.. kalau dapat student macamni.. sejuukk perut mak korang mengandung.. cik2/puan2 pun boleh je nak layan.. ehh.. pukul 5 dah habis kelas cik... korang mana ada kelas.. kan buat projek.. cakaplah kat cik tu.. seminggu sekali balik lewat apa salahnya.. alah... saya rasa cik2/puan2 tu tak kisah pun lewat.. awak yang tak sabar nak cari bantal kat bilik..

6. Kita tak perlu selalu jumpa penyelia, diorang pun tak suka sangat.
Ini memang perasaan korang je. Mana tak suka, kalau dah masuk minggu ke-8, asyik macamtuuu je status projek korang.. baik tak payah jumpa.. diorang memang suka sangat korang datang jumpa bagitau progress korang.. tapii make surelah ada progress setiap minggu.. nampak perbezaan antara minggu ke minggu.. ini takkk.. asyik ganttt chartttt je memanjang... buatnya tak jugakkk..

7. Kita hanya jumpa penyelia dua kali je cukuppp.. Masa nak mula projek.. dengan masa nak hantar report...
Malas cakap banyak, kalau korang nak buat perangai macamni, silakan.. tapi kalau SV kata, okeh.. awak tak payah jumpa saya langsung pun takpe.. kita jumpa sekali je.. masa saya nak hantar awak keluar pintu pagar ILP sebab fail FYP... Aduuhh cikk.. bisaa..

8. Report tak payah tulis beria-ria sangat, penyelia bukannya baca pun report, diorang pun malas nak semak..
Haah.. ikutkan hati memang malas baca report korang.. lain projek dibuat, lain yang korang report.. siap copy paste ayat kawan2 projek lain.. nampak benor nipunya.. penghargaan pun boleh buat pada bapak orang lain.. haru sungguh korang ni.. satu lagi.. rasanya awak ni buat projek kat Malaysia lagi.. tapi bila baca, rasa macam ILP Surabaya rasanya... keindonesiaan sungguh ayat2 awakk... awak ingat kitorang tak pernah pakai google translate ke.. kalau nak pakai tu bolehhh.. tapi biarlah untuk memahamkan ayat-ayat inggeris yang korang tak faham tu.. pastu korang tulislah balik apa yang korang faham dalam bahasa MALAYSIA.. bukan indonesia... waduuuhhh... bikin ribut betullah korang ni.. macamana kitorang tahu semua ni, sebab kitorang memang baca report korang.. so, jangan ingat penyelia semua malas macam korang ye...

9. Penyelia sepatutnya faham perasaan kita, dia sepatutnya tahu semua masalah kita..
 Aduhh.. kalau korang tak bagitau.. macamanalah penyelia nak tahu masalah korang.. diorang ni semua belum belajar ilmu kasyaf lagi.. belum capai maqam tertinggi lagi.. takkan dapat baca isi hati korang... soo, kalau ada masalah.. bagitaulah SV.. jangan sorok2.. jangan simpan2.. bagitau awal2.. supaya.. apapun masalah yang korang tengah hadapi.. dia bole tolong suggestkan jalan penyelesaian.. jangan sampai dah nak present, baru nangis2 nak bagitahu masalah dengan groupmatelaa.. fail corruptla.. PC kena virusla (alasan ni memang tak boleh pakai).. segala macam lagilah.. soo, kena terus terang dengan SV..

Maknanyaa.. pokok pangkalnya, berjaya atau tidak FYP korang, semuanya atas korang, bukannya SV.. korang yang nak dapat Diploma.. korang yang nak hasilkan Mahakarya.. SV hanya memandu...

Faham ke tu...??

Faham cikkk.. huihh.. panjang saya kena ceramah hari ni cik... hahaha...

~FYP adalah tanggungjawab kita, bukan SV~

Saturday, 21 December 2013

Tajuk 3: Masalah menulis "Kajian Lapangan"? Rugi tak baca artikel ni.

Cik.. Pening ahh... Pening ahh..

Apa jugakla ko ni.. Dari hari tu keje pening je.. Apa masalahnya..

Cani cik.. Saya nak buat FYP ni, lebih kurang macam nak buat video kempen taknak merokokla.. Tapi kan kita kena buat bab 2, kajian lapangan (literature review), saya tak tahu nak cari apa nak tulis dalam ni..



Owhhh.. Itu ke peningnyee.. Saya ingatkan pening stok rokok berkurangan kat asrama..

Heheh.. Stok sentiasa ada cik.. (Jap lagi ada spot check la ni..)

Canilah.. Saya bagi analogi yang paling mudahlaa.. Awak pernah buat layang2 tak..?

Owhh... Ok cik.. Saya pernah buat layang2 masa kat kampung dulu, So, apa kaitannya cik..

Ok, bila nak buat layang2, korang mesti tahu dulu macamana cara nak buat layang2 kann..?

So, nak tahu cara buat layang2, korang kena tahu macamana bentuk layang2, apa ciri-ciri sebuah layang2, apa bahan2 nak buat layang2, proses nak buat layang2, macamana nak bagi layang2 menarik, macamana nak bagi layang2 boleh terbang, kalau tak boleh terbang, kenapa layang2 tak boleh terbang.. Dan macam2 lagi yang awak perlu tahu.. Semuanya dengan tujuan awak nak hasilkan sebuah layang2..

Pendek kata, bab 2, adalah tempat untuk awak tulis apa yang awak kena tahu sebelum awak mula buat projek.. SEBELUM BUAT PROJEK.. maknanya.. Kalau ikutkan, masa awak buat proposal, bab 2 ni dah boleh siap dah, walaupun projek belum mula buat lagi.. Sebab awak mesti akan cari maklumat2 macamana nak buat projek awak sebelum awak mula buat masa semester 6. Maknanya masa buat proposal semester 5, bab 2, dah siap taip..

Huihhh cik... Saya ingat proposal takde kaitan dengan laporan projek pun.. Saya main buat je proposal, tak buat kajian papepun, semua keluar terus dari otak saya yang bergeliga ni..

Banyaklah awak punya geliga, itulah sebabnya proposal awak asyik kena reject je.. Sebab tak kuat langsug, semua main ikut rasaaa je.. Langsung tak buat kajian, bila tanya lebih.. Mulala garu satu badan.. Macam orang kena sopak..

Abis tu cik, cuba cik bagi clue sikit, apa saya nak kena carik pasal video taknak merokok saya ni..

Nak jugak orang suap satu satu, memang tak puas makan suap dengan mak kat rumah dulu eh..

Memang takde makan suap cik, mak saya sibuk keje, tak sempat nak suap2 ni..

Patutlaa, kurang kasih sayang.. Hmm.. Asasnya.. Untuk buat projek awak ni, awak boleh cari berdasarkan 3 persoalan.. Pastu awak sendiri kembangkan daripada 3 soalan ni.. Ok..

1. Soalan berkaitan isu/subjek, awak buat pasal merokok, so, cari maklumat tentang merokok, contoh, bahaya merokok, apa kandungan rokok, apa penyakit disebabkan merokok, statistik golongan perokok, kenapa kerajaan buat kempen taknak merokok, dan semua yang berkaitan dengan isu rokok. Untuk soalan ni je, awak dah boleh taip 2/3 topik kecil dalam bab 2.

2. Soalan berkaitan rekabentuk projek, katakan awak nak buat pasal video kan, awak kena tahu apa ciri-ciri video, format video, jenis2 video, durasi video, teknik-teknik penghasilan video, bahan-bahan nak hasilkan video, lokasi untuk video, pencahayaan video, audio dalam video, perisian suntingan video, props dalam video, semua perkara yang berkaitan video, sebab awak nak hasilkan video. Nak cerita semua ni pun dah boleh buat 5/6 topik kecik.

3. Soalan berkaitan hasil-hasil yang lepas, yang berkaitan dengan projek awak.. Cuba cari, ada tak orang yang pernah buat projek yang sama, macamana dia buat, apa mesej yang dia sampaikan, macamana cara dia sampaikan mesej pada penonton, macamana storyboard cerita dia, berkesan tak jalan cerita dia, menarik tak, apa yang bagus dalam video dia, apa yang awak rasa boleh tambahbaik dari video dia, apa yang awak rasa kelainan dalam video awak berbanding video lain.. Semua ni awak kena cari sungguh2.. Buat "deep thinking".. Baru awak akan dapat idea berbeza.. Semua ni awak boleh buat topik kecik, Analisa Projek Lepas.

Pendekkan cerita, bab 2, awak akan taip apa yang awak perlu tahu sebelum melaksanakan projek.. APA YANG AWAK PERLU TAHU.. Maknanya... Awak belum buat lagi.. Baru mengkaji macamana nak buat.. Thats why nama bab tu, KAJIAN LAPANGAN.. Semua yang awak taip,adalah secara umum.. Tetapi kajian yang awak buat tu awak akan gunakan masa buat projek..

Setelah awak dah kaji, dah faham, apa yang awak kena buat.. Barulah Bab 3, awak akan ceritakan MACAMANA CARA AWAK BUAT...

Friday, 20 December 2013

Tajuk 2 : FYP adalah Mahakarya Anda!

Cuba tengok projek apa awak buat?

Malulah cik, tak berapa best pun projek saya..

Aihh.. dah sampai 2 bulan buat projek pun, takkan tak dapat hasil yang best..

Alaa cik.. saya buat just nak habiskan diploma ni je cik.. janji lulus.. dapat diploma.. cari keje...

Amboihh senangnyee cara awak fikir.. awak ingat dengan projek macamni awak senang ke nak cari keje..

Apa kaitan projek saya dengan carik keje cik.. saya kan ada portfolio yang tebal2 tuh.. tahap 2 ada, tahap 3, tahap 4, semua bukti2 ada dalam tu.. mesti diorang bagi saya keje.. sebab markah saya tinggi-tinggi..

Kesiannya laa awak boleh fikir macamtu..

Kenapa cik, salah ke..?

Bukan salah je lagi, dah tersesat jauh dah awak ni... manalaaa ada company yang nak tengok portfolio awak yang dah macam kitab lama yang tebal-tebal tu.. diorang takde masa pun nak selak.. kalau awak nak interview cikgu vto tu mungkinlah diorang nak tengok.. tapi kalau awak nak kerja industri, FYP nilah nyawa awak.. best FYP awak.. maka bestlah pandangan pada awak.. kalau lingkup FYP, lingkup jugaklah pandangan pada awak..

Yeke cik.. camtu sekali ke..

Yelaahh.. awak ingat FYP ni untuk main-main ke.. FYP lah tempat untuk membuktikan kecintaan awak kepada bidang yang awak belajar ni sehingga menghasilkan MAHAKARYA CINTA.

Lagu-lagu Faizal Tahir ni memang MahaKarya (Credit to Faizal Tahir)


Amboihh cik... pelik sangat dah saya dengar.. apa bendanya tu cik..

Awak ni.. kata peminat Faizal Tahir.. haha.. yelaahh.. awak dah duduk dekat 30 bulan (5 semester) belajar benda-benda multimedia ni, takkanlah awak tak jatuh cinta langsung.. takkanlah awak tak minat langsung.. so, FYP nilah saatnya awak membuktikan yang awak telah mempunyai kehebatan dan kemahiran tinggi dalam bidang ni.. hang kata hang terraa..

Uishhh... cik.. saya takdelah pulak fikir sampai ke situ..

Masa nilah awak gabungkan semua kemahiran yang awak belajar dari semester 1 sampai semester 5 untuk hasilkan FYP yang "melambangkan" keunggulan awak sebagai pelajar yang tersohor di mata industri.. biar bakal majikan nilai hasil kerja awak yang berkualiti tinggi ni, bukannya porftolio awak yang berkeberatan lebih 10 kilo tu..

Bistu cik, macamana ni cik, ada sebulan je lagi tinggal..

Awak cubalah repair mana yang boleh, upgrade sikit, tambah lagi wow factor dalam projek awak ni.. biar orang tertanya-tanya macamana eh budak ni buat benda nih, macamana eh budak ni boleh dapat idea ni, huihh sempoilah idea budak ni.. biar sampai orang cakap macam tu.. ini tak.. asal tengok presentation FYP je, panel PPL sampai menguap2 macam seladang kat Zoo Negara tengok ko present.. dahla projek tak best.. baca pulak slide powerpoint.. macam baru belajar membaca..

Aduhh cik.. sentap betul ayat..

Biar sentap sekarang, jangan tersentap2 depan panel nanti..

Ok cik, saya akan repair balik, saya buat bagi best lagi..

Baguslah, ada masa lagi, jangan  cepat puas hati.. ingat.. Mahakarya ni.. kalau hang nak pergi cari kerja, jangan lupa tunjuk pada diorang.. inshaa Allah.. kalau best.. kerja memang dalam tangan.. lupa-lupakanlah portfolio yang kena bawak guna troli tu..

Hahaha cik.. anti betul cik dengan portfolio kitorang...

Tahu Takpee...


~Dalam bidang kemahiran, Mahakarya semasa FYP adalah amat penting untuk mencari pekerjaan~