Thursday, 22 January 2015

Tajuk 22 : Lebih mudah guna "page break" semasa menaip

[ Menaip lebih mudah, jika tahu menggunakan "Page Break" ]

Anda sedang menaip laporan untuk dihantar. Sampai separuh muka surat, anda hendak memulakan tajuk baru. Anda pun menekan "enter" beberapa kali sehinggalah masuk ke muka surat baru.

Senario di atas, adalah amalan biasa kebanyakan pengguna MS Word. Anda boleh semak dengan menggunakan "togeh" (rujuk artikel sebelum ini).

Masalahnya ialah, apabila anda menambah ayat baru dalam muka surat sebelum itu, muka surat seterusnya akan teranjak ke bawah dan tidak lagi berada di bahagian atas.

Maka, yang lebih baik adalah menggunakan "page break".



Langkah mudah menggunakan "page break"



[ Cara-cara "Page break" ]


1. Letakkan kursor di kedudukan terakhir perenggan ( pastikan "on" togeh) sebelum anda hendak beralih ke muka surat baru (lihat no.1 dalam gambar).

2. Pergi ke bahagian "menu bar", klik "insert", dan pilih "page break" (lihat no. 2 dalam gambar).

3. Satu label tertulis "page break" akan kelihatan pada skrin, dan tanda togeh akan "melompat" ke muka surat baru. Walaupun masih ada baki muka surat yang kosong.

Sekarang, anda boleh mula menulis di muka surat baru.

Tips:
Apabila anda hendak menambah teks di muka surat sebelumnya.
Anda hanya perlu letakkan kursor di tanda togeh terakhir.
Terus menaip ayat baru.
Anda akan lihat, muka surat seterusnya tidak akan berganjak!
Jika berganjak sekalipun, tajuk masih berada di bahagian atas muka surat baru.

Selamat mencuba! Saya yakin anda lebih mahir.


#drMAK

Wednesday, 21 January 2015

Tajuk 21 : Rahsia mudah buat editing dalam MS Word

Haha.. pernah dengar dalam MS word ada ikon "togeh"? Saya sendiri yang bagi nama, sebab nama sebenar dia tak komersil, "paragraph marks".

Pernah tak kita nak edit file word yang kawan-kawan bagi, pastu bila nak klik, pointer tu macam taknak lekat kat tempat kita klik. Haa.. sebabnya, kemungkinan terdapat "penunggu" lain yang duduk kat situ.

So, nak membuka pintu "hijab" ke alam yang sebenar, kita kena tekan butang togeh tu. Cuba tengok gambar. Ikon yang dibulatkan atas sekali tu, itulah togeh.



Tanda-tanda yang akan keluar apabila "togeh" ditekan



 Bila kita tekan je, semua yang berlaku di sebalik apa yang ditaip oleh kawan kita akan terlihat.

Setiap tanda tu, ada makna-maknanya sendiri.

1. Anak panah = Kawan kita tekan kekunci "Tab"
2. Titik tengah = Kawan kita tekan kekunci "Space"
3. Togeh = Kawan kita tekan kekunci "Enter"
4. Label Page Break = Kawan kita telah insert "page break".

Jadi, bila kita menyemak dokumen word yang ditaip oleh orang lain. Cuba tekan togeh ni. Kita akan lihat gaya menaip seseorang.

Paling biasa, kita akan jumpa orang yang taip enter banyak-banyak kali sampailah masuk muka surat baru. Huhu.. kesian.. kenapa tak guna "page break".

Oh! tak tahu. Takpe, nanti saya tolong tunjukkan cara. Tapi bagitau dulu kawan-kawan skill baru ni.

Mereka akan kagum dengan anda.

Anda tergolong 10% pengguna MS Word yang tahu apa itu "togeh".

Cayalah! (tak payah kembang sangat hidung tu.. haha.. )

Monday, 19 January 2015

Tajuk 20 : Skill mudah dalam MS Word, tapi rugi kalau tak ambil tahu!

Pernah dengar "Format Painter"? Jika belum pernah, cuba tengok gambar. Ikon yang dibulatkan warna merah putus-putus tu, itulah format painter.

Apa guna dia?

Senang je.

Biasanya, bila anda menukar format font seperti jenis font, size font, warna font. Anda akan menukar satu persatu kan. Contoh, anda taip satu tajuk "Pengenalan". Kemudian, anda akan hilight, tukar font, tukar saiz, tukar warna. 4 kerja.

Lepas tu, bila anda tulis tajuk baru "Latar Belakang". Anda akan ulang perkara yang sama. Hilight, tukar font, tukar saiz, tukar warna. 4 kerja lagi.

Kan susah!

So, kat sinilah kita boleh guna format painter.

Selepas anda taip tajuk "Pengenalan" tadi, kemudian, anda akan hilight, tukar font, tukar saiz, tukar warna. Ok, siap.

Sekarang, untuk tajuk yang kedua, tak perlu buat kerja yang sama.

1. Anda hanya perlu hilight tajuk "Pengenalan" tadi.
2. Tekan ikon format painter.
3. Pergi ke perkataan "Latar Belakang" yang belum ditukar format.
4. Akan keluar ikon seperti berus, terus hilightkan perkataan "Latar Belakang" tadi.
5. Plinggg!! Anda telah "mengecat" perkataan tadi. Jenis font, saiz font, warna font adalah sama seperti perkataan "Pengenalan" yang telah anda taip awal tadi.




Format painter bekerja seolah-olah anda mengecat tulisan dengan format baru!


Cubalah! Kalau jadi, Tahniah!

Sekarang, anda sedikit lebih pandai dari 70% pengguna Microsoft Word.
So, jangan bagitahu orang lain. Haha. :)

Sunday, 11 January 2015

Tajuk 19 : Bagaimana Menulis Penyataan Masalah? (Penjelasan Terkini & Lebih Mudah!)

Saya pasti inilah sub-topik yang paling bermasalah untuk ditulis oleh pelajar, kerana namanya pun "penyataan masalah".

Tapi, anda jangan rasa susah hati, kerana ini bukan masalah anda sahaja. Mereka yang belajar di peringkat Master dan Phd juga berhadapan masalah yang sama. Ini disebabkan tafsiran yang berbeza mengikut konteks pemahaman masing-masing.

Baiklah, untuk memudahkan anda memahami apakah yang dimaksudkan penyataan masalah, saya cuba terangkan semudah yang mungkin, supaya anda dapat menulis penyataan masalah masing-masing dengan tepat.

Contoh;

Saya ingin membuat projek "Home Smart CCTV". Namanya nampak canggih tetapi apakah sebenarnya ciri-ciri dan fungsi yang ada pada "Home Smart CCTV" ini?. Untuk menerangkan ciri-ciri dan fungsi "Home Smart CCTV", saya perlu ceritakan di bawah sub-topik "sinopsis projek" (saya tak perinci disini kerana artikel ini tentang penyataan masalah).

Baik, sebelum menceritakan penyataan masalah, adalah lebih baik anda menulis dulu "latar belakang projek" ini supaya pembaca akan jelas tentang masalah yang sebenar. "latar belakang projek" akan menceritakan tentang keadaan sedia ada/masa kini yang berlaku SEBELUM projek anda dilaksanakan.

Contoh;

LATAR BELAKANG PROJEK
-------------------------------------------
Pada masa kini, kejadian seperti pecah rumah, rompakan bersenjata, kecurian, sering berlaku di kawasan perumahan. Kebanyakan penghuni akan keluar bekerja pada waktu pagi hinggalah petang dan meninggalkan rumah dalam keadaan kosong. Ini mengundang kepada kejadian jenayah seperti pecah rumah terutamanya di kawasan-kawasan yang sunyi dan jauh dari tumpuan orang ramai.

CCTV telah digunakan oleh pemilik rumah yang peka dengan keselamatan rumah mereka untuk memantau sebarang kejadian jenayah yang berlaku untuk memudahkan siasatan pihak polis. Namun begitu, kebanyakan CCTV yang dipasang menyimpan video yang dirakam di dalam PC yang terletak di dalam rumah itu sendiri. Penjenayah yang semakin bijak boleh memadam rakaman tersebut sebelum dapat dilihat oleh pemilik rumah (perhatikan ayat ini, ini adalah masalah kepada pemilik rumah, tetapi bukan masalah kita). Oleh itu, CCTV yang mempunyai tempat simpanan video rakaman yang lebih selamat perlu direkacipta untuk mengelakkan kejadian tersebut berlaku (ini adalah objektif projek anda).

-------------------------------------------

Penerangan;

Anda telah menjelaskan keadaan SEBELUM projek anda dilaksanakan. Pembaca mula nampak apa yang anda ingin lakukan. Tetapi apa masalah yang sebenarnya? Rujuk semula perenggan di atas, masalah tempat simpanan rakaman video yang tidak selamat adalah masalah pemilik rumah. Tetapi apa sebenarnya masalah anda? Maka, di bahagian "penyataan masalah" anda perlu menulis tentang masalah yang MEMERLUKAN ANDA sebagai penyelesai masalah.

PENYATAAN MASALAH
------------------------------------
CCTV memerlukan tempat penyimpanan rakaman video yang selamat daripada tindakan memadam bukti yang dilakukan oleh penjenayah. Simpanan yang dibuat hanya ke dalam PC di rumah amat terdedah kepada tindakan ini. Rakaman video perlu disimpan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh penjenayah seperti cloud storage yang disimpan di tempat lain. Namun begitu, setakat ini, masih kurang CCTV yang berkemampuan untuk membuat simpanan di dalam cloud storage (ini ayat masalah, dan inilah masalah anda yang sebenarnya! anda kena selesaikan masalah ini). Oleh itu, projek "Home Smart CCTV" yang mempunyai ciri-ciri simpanan rakaman ke cloud storage ini perlu dilaksanakan untuk menyelesaikan dilema tersebut dan memberi pilihan kepada pemilik rumah untuk mendapatkan solusi yang terbaik kepada masalah mereka.

-------------------------------------

Penerangan;

Ok, nampak tak sekarang, apa bezanya masalah orang ramai, dengan masalah yang perlu anda letakkan sebagai "penyataan masalah".

Sebagai ringkasan, biar saya mudahkan begini,

LATAR BELAKANG PROJEK.
Anda akan menceritakan tentang keadaan/masalah/kelemahan sedia ada yang menjadi masalah kepada orang lain.

PENYATAAN MASALAH
Anda akan menceritakan masalah yang perlu anda selesaikan dalam bidang kemahiran anda sebagai pelajar FYP untuk menyelesaikan masalah orang lain tadi.

Dua-duanya masalah, tetapi berbeza. Harap anda mendapat manfaat daripada artikel ini.

Jika anda rasa baik untuk pemahaman rakan-rakan, kenapa tidak kongsikan dalam status facebook anda. Hanya tekan butang Share!

Selamat Maju Jaya.

Tajuk 18 : Tiada Idea? Handphone kan ada...

Saya suka dengan idea "Buku Idea" oleh Cikgu Mdyie. Bila dah dapat tips bernas macamni, eloklah terus amal, ke mana-mana silalah bawa buku kecil sebagai tempat mencatit.

Tapii, mesti ada yang masih bertapi-tapi. Malu katanya nak bawa buku nota merata-rata. Macam budak skema. Ada-ada jela korang ni.

Meh saya bagi idea saya. Siapa yang pakai HP canggih-canggih tu boleh je guna HP masing-masing untuk catit idea.

Cuba tengok dalam HP, mesti ada Apps nama Notes. So, gunakan Apps tu untuk taip idea korang, then simpan. Mudah je.

Lagi satu, ada setengah Apps Notes ni, siap ada butang rekod (bulat merah) lagi. So, korang boleh picit butang tu, dan buat-buat cakap dengan orang. Tapi sebenarnya tengah rakam idea yang baru muncul. Menarik kan..?

Saya pun buat tau, cuba tengok gambar bawah.



Apps Notes dalam HP Android

Cubalah!

Boleh je kalau nak!