Thursday 23 January 2014

Tajuk 9 : Video E-Learning lebih bagus jika ada ciri-ciri ini!

Bila tanya kenapa awak buat video e-learning untuk FYP awak..?

Ramai student yang akan bagitau kelebihan-kelebihan video e-learning berdasarkan kebaikan umum yang semua orang tahu.. mudah diakses melalui internet, lebih interaktif, menarik minat, dan macam-macam lagi.. tapi semua tu, hanya berdasarkan agak2 je.. lebih tepat lagi.. ramai orang buat video, orang kata bagus, so, saya pun buatlah video.. tapii, apa sebenarnya teori yang menyokong bahawa projek video e-learning korang ni memang bagus..?

Ok, kita ceritalah teori sikit, menurut Albert Bandura (1986) melalui "Social Cognitive Theory", pembelajaran terhasil daripada interaksi berterusan di antara kognitif (otak), kelakuan (tindakan), dan pengaruh persekitaran (pancaindera). Susah sikit nak faham eh..? pendek kan cerita... kita ni boleh belajar dengan melihat apa yang berlaku di persekitaran (modelling). That's why, apa yang orang buat, biasanya kita terasa nak tiru, nak cuba.. nak pulak kalau yang buat tu artis.. lagilah cepat je korang tiru.. sampai pakai spec hitam malam2 buta pun.. ada yang tiru.. teruk benor..

Jadi untuk belajar dengan cara "modelling" ni.. student kena betul2 tumpukan perhatian kepada apa yang model tengah buat, dalam suasana macamana dia buat, supaya maklumat tu dapat disimpan dalam bentuk ingatan, dan pastu apa yang dah diingat tu dapat ditukar menjadi tindakan apabila student tu nak aplikasikan apa yang dia nampak.. malah.. rasa teruja nak mencuba..

Jadiii.. apa kaitannya dengan video e-learning yang saya nak buat cik..??

Huisshhh.. banyaakkk kaitannya.. sebenarnya, video pun adalah salah satu bentuk "modelling" yang boleh ditiru oleh student, selain daripada tengok apa yang cikgu diorang buat dalam kelas amali. Kalau student tu belajar melalui video yang korang buat, korang kena pastikan video yang korang buat, ada ciri-ciri yang saya sebut tadi.. korang kena pastikan video korang tu menarik dan teliti sampai student akan tengok dengan penuh minat dan dapat meniru sebijik2 apa yang ada dalam video.. kalau boleh, video tu gunakan pelakon yang sama macam diorang.. kalau untuk student lelaki korang tunjuk video student lelaki buat.. kalau student perempuan.. korang tunjuk video student perempuan buat.. kalau video tu tak jelas.. maka tak bermaknalah video korang..

Owwhh... ok.. nampak dah.. lagi..?

Kemahiran kebiasaannya dipelajari melalui pemerhatian ke atas model (cikgu, rakan-rakan, dan video) (Pic from mag-auto.blogspot.com)
 Lagi, kalau boleh, dalam video korang, lebih baik korang tunjukkan pelakon dalam tu, menyebut satu-satu apa yang sedang dia buat.. dan kenapa dia buat macamtu.. sebab.. menurut kajian, student yang menonton video pelakon melakukan tugasan sambil menyebut dengan jelas apa yang sedang dia lakukan, akan belajar dan buat lebih baik daripada student yang hanya menonton video pelakon melakukan tugasan tanpa sebarang penerangan. Alaa.. macam korang pernah tengok Chef wan memasak kat TV tu kan.. kan dia becakaaaapp je sambil memasak.. korang boleh tahu kenapa dia masuk cili, kenapa bubuh kicap tiram, kenapa kena tumbuk, kenapa tak boleh blender.. macam2lah dia membebel.. tapiii.. menarik kan.. sebab kita dapat ilmu baru.. daripada tengoookkk je chef lain tu memasak.. baiklah tengok movie kat wayang...

Kenapa macamtu cik..?

Sebabb.. student tu akan lebih faham kenapa sesuatu tugasan tu macamtu step-step dia.. dia dapat kaitkan apa yang dia tengok dengan apa yang dia tengah fikir.. so, dia akan lebih cepat belajar.. daripada yang tengookkk je.. tapi blur.. tak faham apa yang sedang berlaku.. sekurang-kurangnya video yang ada penjelasan akan membantu penonton untuk faham, apa proses yang sedang berlaku..

Okehh.. nampak jugak..

Satu lagi, kalau boleh.. video korang kena mula daripada proses yang senang-senang... pastu.. baru makin susah.. makin susah.. jangan terus buat video susah nak ikut.. nanti.. penonton takde motivasi nak belajar.. yang ni.. kalau nak buat video kanak2 pun macamtu.. mula dengan yang senang kemudian semakin susah.. contohnya.. korang nak buat video "assemble computer".. korang mulakan dengan kenalkan satu-satu part dalam komputer dulu.. pastu, pasang yang mudah dulu, macam hard disk, RAM.. pastu baru processor.. (sekarang pun dah senang kot..)

Ooh.. sebelum lupa..  katakanlah korang dapat idea nak buat video kanak2 belajar kemahiran "install windows 8".. maka korang kena gunakan, pelakon kanak2 jugak dalam video tu, yang tunjukkan macamana nak "install windows 8".. supaya diorang yakin, kalau budak dalam video ni boleh buat, aku mesti boleh buat jugak.. (tapi janganlah buat video baby install windows.. memang pengsanla.. mungkin budak umur 9 tahun ke atas sesuai kot.. )

Lassttt sekali, kalau korang buat video e-learning.. cuba tambah ruangan boleh taip komen kat bawah video tu (macam dalam youtube tu..) supaya student boleh tulis apa yang dia faham melalui tengok video tu, boleh nilai apa yang bagus dalam video tu, boleh terangkan semula apa yang dia nampak dalam video tu.. so, diorang boleh bagi maklumbalas kepada video yang korang hasilkan.. sebab menurut Braaksma, Rijlaarsdam, Van den Bergh, and Van Hout-Wolters (2006), proses memberi maklumbalas kepada apa yang dilihat, akan menjadikan pembelajaran melalui pemerhatian ni lebih efisien dan berkesan. Maka, korang kenalah sediakan ruang untuk diorang bagi maklumbalas.. bukan sekadar tengok dan tiru..

~MASUKKAN ELEMEN-ELEMEN NI DALAM VIDEO, INSHAA-ALLAH BERKESAN~


Wednesday 15 January 2014

Tajuk 8 : Apa nak cerita dalam topik "Kaedah Pembangunan Projek" (Bab 2, Laporan FYP)

Tengah duduk2 termenung memikirkan pengajaran yang boleh diambil daripada buku yang baru saja habis dibaca.. buka fb jap.. kot2 ada isu menarik (fb memang terkenal dalam menyebarkan berita2 sensasi yang tak tentu hujung pangkal.. korang kenala kritis sikit bila membaca..). Tengok dalam inbox, dapat soalan macamni bunyinye..

"slmt tgh hari encik...........saya pelajar ilp....sem 6........... saya nak minta tolong dri encik iaitu dalam bab 2 kaedah pembangunan projek tu macam mane encik.............klu x masuk tape ke encik........."-Chandra Gal (soalan asal daripada FB tanpa ubahsuai)

Bila dapat soalan daripada student ni, rasa tanggungjawab untuk dijawab.. kalau tak.. mungkin korang akan terawang2 tak bertali.. nak naik ke atas pun tak boleh.. nak turun ke bawah pun tak boleh.. tersangkut kat tengah2.. so, saya jawab dalam ni.. supaya student yang dalam keadaan yang sama boleh sama2 baca.. tak payahla jawab banyak kali ye tak..

Saya jawab soalan ke-2 dulu.. "kalau tak masuk takpe ke cik..?".. ehh.. mana boleh tak masukk.. mesti kena masukk.. sebabbb.. awak mesti kena tahu macamana cara nak bangunkan projek FYP awak.. baru boleh mula buat projek.. kalau tak tahu macamana nak bangunkan projek.. macamana awak nak mula buat... saya yakin awak dah cari cara macamana cara nak buat projek FYP awak.. tapi awak tak tahu macamana nak tulis dalam laporan..

Macam biasa.. saya bagi contoh ye.. katakanlah awak nak buat satu klip video tentang "Kerepek Pisang, Produk Tempatan Menembusi Antarabangsa" (fuhh.. gempak tajuk ni..).. korang kenalah tahu macamana nak hasilkan video... sebab rekabentuk projek = video klip.. kalau tak tahu macamana nak buat video klip.. macamana awak nak buat FYP awak.. so, kenalah carik cara, macamana nak buat video klip.. cara nak buat video klip tu yang awak kena tulis bawah tajuk "Kaedah Pembangunan Projek"..

Nak buat kerepek pun ada cara dia.. takkan buat projek FYP takde cara.. (Pic from www.teknologimakanan.com)

Bila carik2 dalam internet.. awak pun jumpa cara2 nak hasilkan video.. antara langkah-langkah nak hasilkan video adalah dengan melaksanakan semua langkah2 ni..
  1. Menetapkan tujuan dan objektif.
  2. Menjalankan penyelidikan.
  3. Memilih bahan (fakta) yang sesuai.
  4. Mengenalpasti, mengumpul dan memilih bahan grafik dan bahan audio yang sesuai.
  5. Menulis skrip melalui format papan cerita (story board).
  6. Membuat persediaan untuk penggambaran.
  7. Menyedia bahan dan peralatan.
  8. Memulakan penggambaran.
  9. Memulakan proses menukar video dari DV ke bentuk klip.
  10. Membuat rakaman audio.
  11. Menyunting dan mengadun audio dan video.
  12. Membuat preview hasil rakaman.
  13. Mengubahsuai/menyunting.
  14. Menukar dormat yang sesuai untuk tujuan penyimpanan (storage).
  15. Menggunakan dalam pengajaran.
  16. Memberi maklum balas dan membuat penilaian.
Haaa.. nampak takkk... ada 16 langkah nak bangunkan projek FYP awak.. semua langkah ni.. awak kenalah terangkan dengan detail.. saya cuma letak senarai je... awaklah kena carik.. macamana sebenarnya nak buat satu-satu langkah tu.. bila awak mula mencari.. dah jumpa.. awak letaklah dalam laporan awak.. gunalah ayat awak sendiri untuk terangkan macamana cara dia.. setiap satu langkah tu.. boleh jadi satu sub-topik kecik..

Contoh:-

2.4 Kaedah Pembangunan Projek

2.4.1 Menetapkan tujuan dan objektif
          (korang ceritalah macamana cara nak tetapkan tujuan & objektif)

2.4.2  Menjalankan penyelidikan
          (korang ceritalah macamana korang nak jalankan penyelidikan)

2.4.3 Memilih bahan (fakta) yang sesuai
         (korang ceritalah macamana cara nak pilih bahan/fakta berkaitan tajuk video korang)

dan seterusnya... sampai habis cerita semua 16 langkah nak bangunkan projek.

Kalau nak baca lebih detail macamana nak hasilkan video klip mungkin boleh baca blog ni Penerbitan Video Pendidikan (bukanlah yang terbaik, tapi boleh jadi langkah permulaan untuk faham langkah-langkah menghasilkan video..)

So, ini kalau buat projek video.. kalau buat projek laman web ke.. projek networking ke.. mesti semuanya ada cara macamana nak buat.. so, bila awak dah cari cara, macamana nak buat.. awak taiplah dalam bab 2 ni..

Cik.. bukan macamana nak buat kita dah tulis dalam Bab 3???

Nasib baik awak tanya... memanglah dalam Bab 3 pun, awak akan tulis macamana awak hasilkan sesuatu projek tu.. tetapi.. dalam bab 2 ni, awak hanya ceritakan macamana nak buat projek awak... tapi masih dalam peringkat idea.. belum buat lagi.. awak pun tak tahu lagi cabaran sebenar.. awak hanya tulis macamana cara nak buat.. masih peringkat nak cari idea.. tapii awak dah tahu.. nak buat projek awak.. macamnilah cara-caranya...

Apa beza dengan bab 3??

Bab 3, awak dah mula buat.. awak dah ada bahan.. awak dah mula ikut langkah-langkah2 yang awak tulis dalam bab 2.. tapiiii... kadang2 apa yang awak nak cuba buat.. tak sama dengan apa yang benar2 berlaku.. kadang2 langkah tu mungkin tak sesuai.. jadi awak buat langkah awak sendiri.. so, dalam bab 3, awak kena cerita langkah sebenar... thats why awak kena masukkan gambar2 semasa awak sedang hasilkan projek.. so, pembaca tahu awak punya projek yang sebenar... pendek kata.. BAB 3 : MENCERITAKAN PERKARA SEBENAR BERLAKU..

Saya bagi contohlaa... katakanlah awak tahu.. nak buat teknik green screen.. kena guna latar belakang warna hijau yang sekata... dalam bab 2,  bila awak kaji, orang lain buat gunakan kain warna hijau... jadikan background.. tapiii dalam projek awak yang sebenar.. awak gunakan bilik yang semuanya dah cat warna hijau.. so, mestilah ceritanya berbeza kan.. hasil pun mungkin berbeza.. cara pun mungkin berbeza.. so, awak ceritalah kisah sebenar awak buat projek.. itulah bezanya... Hopefully fahamlah tu...

Ok, nampak dah kan.. apa maksud "Kaedah Pembangunan Projek"... bahasa pasarnya... "macamana cara korang nak hasilkan projek korang".. so, kenalah tulis macamana caranya dalam bab 2. (ingat ehh.. ini cuma tulis, macamana cara biasa orang buat..). Nanti, masa dah mula buat, mungkin cara awak berbeza.. so, tulis dalam bab 3. Good Luck!!

~BAB 2: MACAMANA CARA NAK BUAT || BAB 3: MACAMNI CARA SAYA BUAT~

Tajuk 7 : Apa maksud "Latar Belakang Teori"..?? (Bab 2, Laporan FYP)

Selain daripada analisa projek lepas, korang sering jugak tertanya2 apa dia topik "Latar Belakang Teori" yang saya letakkan dalam template laporan FYP korang... ada yang bagitau, tak perlu kot cik, kitorang takde latar belakang teori.. kitorang buang je boleh topik ni.. wait wait wait.. nanti dulu.. betul ke korang takde "latar belakang teori" dalam projek korang.. mana boleh takde.. mesti ada..

Mungkin sebab namanya "teori", korang rasa bila buat projek korang buat amali.. mana datang pulak teori2 ni.. mesti ada sebenarnya bro.. korang nak buat projek.. walaupun amali.. takkanlah tiba2 terus buat je.. mestilah korang ada membaca daripada manual, website, atau dengar daripada lecturer2 korang bagitau tentang kenapa buat macamni.. kenapa buat macamtu..

mungkin sebab sebut "teori" korang rasa macam takde.. cuba kalau saya sebut "prinsip-prinsip".. haa... mesti ada kannn... dalam projek FYP korang.. memang tak macam kajian student master, PhD yang berpegang kukuh kepada teori2 sebelum melakukan kajian selanjutnya.. dalam kes korang student Diploma kemahiran ni.. lebih tepat kalau korang boleh cari "prinsip-prinsip" atau "cara kerja" kepada satu-satu rekabentuk projek yang korang buat tu.. supaya korang "tahu" apa yang korang tengah buat.. sebab projek yang korang hasilkan mesti bergantung kepada "prinsip-prinsip" tertentu.. bukan main buaattt je...

seperti biasa.. kenalah saya tunjuk contoh.. kalau tak korang mesti tak faham lagi apa yang saya cakap ni.. (bila saya tunjuk contoh ni, saya menggunakan teori vygotsky, yang mengatakan bahawa, pelajar2 mestilah diberikan "bantuan" untuk mereka mencapai keupayaan dan kebolehan yang lebih tinggi daripada mereka dibiarkan belajar bersendirian.. nampak tak.. nak bagi contoh kat korang pun ada teori tau...)

Ok, katakanlah korang nak buat projek kartun animasi 2D (student multimedia), sebelum korang melukis atau melakar karakter untuk watak-watak korang. Korang kenalah tahu apa dia prinsip2 asas nak buat animasi ni. Korang dah belajar dah pun sebenarnya masa subjek Animation Fundamental, cuma bila buat FYP ni korang terlupa yang nak buat animasi ni ada prinsip-prinsip dia. Prinsip2 nilah yang memandu korang macamana nak jadikan projek animasi FYP korang jadi lebih menarik. Kalau nak tahu detail, cuba korang tengok website ni.. 12 Principles of Animation..

Prinsip "Anticipation".. Salah satu prinsip animasi 2D.. (Pic dari www.brianlemay.com)


Daripada sini, korang gorenglah dalam topik latar belakang teori. Kalau nak cerita satu2 pun boleh, apa dia 12 prinsip animasi. Sekurang2nya bila orang baca laporan FYP korang, adalah nampak teori di sebalik animasi yang korang hasilkan. Dalam masa yang sama, kenalah gunakan prinsip2 ni dalam FYP korang, janganlah baca semata2 nak tulis dalam laporan FYP je.. kartun korang pun mestilah ada semua ciri2 12 prinsip ni.. agak2 boleh faham.. fahammm.. inshaa Allah...

Pastu, yang nak buat laman website (biasanya budak programming ni).. bila korang nak buat layout laman web korang.. kenalah tahu, macamana susun atur yang menarik.. jangan main letakkk je.. (blog ni janganlah korang jadikan contoh pulak.. ni semua template.. korang tu buat FYP.. buat canggih sikit..). Kalau korang tak tahu, macamana prinsip nak susun atur sesuatu grafik, korang boleh tengok website ni.. Prinsip Grafik & Rekabentuk Grafik.. daripada sini.. korang mesti dapatlah sikit idea macamana nak susun atur laman web korang.. so, kalau PPL tanya, adalah rujukan teori yang korang dapat...

Prinsip Titik Fokus.. Kalau nak gambar menarik, jauhkan titik fokus dari bahagian tengah.. (Pic from www.colourbox.com)


Last sekali (nanti student network merajuk pulakk..), katakanlah kalau korang nak buat projek VOIP.. mestilah korang kena tahu macamana VOIP berfungsi.. takkanlah main cantum2 je semua device yang korang dah beli.. so, korang carilah teori di sebalik macaman VOIP ni berfungsi atau bekerja.. cuba tengok website ni.. Voice Over Internet Protocol.. bila dah baca.. mesti korang dah nampak.. owhh.. cani rupanya VOIP bekerja.. so, kuatlah pengetahuan teori korang.. then, bila nak buat projek.. korang dah tahu apa yang korang buat.. takdelah main ikuttt je penyelia cakap apa.. macam anjing laut kat zoo negara yang buat show tu.. (sorylah.. hope takdelah korang terasa.. nak korang belajar berfikir sikit...)

Gambarajah cara VOIP bekerja.. mesti ada teori... (Pic from www.colocationamerica.com)

So, ini baru secebis daripada teori2 yang korang kena tahu untuk buat projek korang.. sepatutnya mesti banyak lagi teori yang korang kena tahu.. atau at least.. prinsip2 atau cara bekerja sesuatu komponen yang korang kena faham.. so, itu semua adalah TEORI yang korang kena betul2 faham.. so, bila dah carik teori2 ni.. masuklah dalam laporan FYP korang.. bab "Latar Belakang Teori".. tak susah pun sebenarnya.. senang je.. cuma mungkin korang tak nampak.. apa nak isi..

Bila saya dah tulis dalam ni.. janganlah amik teori daripada website yang saya tunjuk je.. (bukan saya kenal pun penulis dia, tapi saya promote jelah.. sebab ada isi menarik..), korang searchla guna google tu.. macam2 korang boleh dapat.. tak habis kalau korang nak baca satu2.. untunglah korang.. zaman saya dulu.. kena carik buku kat library.. jenuhh bangg... syukurlahhh..

Ok last tips, bagi student multimedia yang suka buat e-learning tu.. biasanya korang syok sendiri buat e-learning.. main tiruuu je e-learning orang lain.. sampai teori pun tak tahu.. meh baca blog ni.. Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.. bukak sikit minda korang tu.. nak buat e-learning pun ada prinsip yang korang kena faham.. kena tahu.. bila dah tahu... baru korang boleh berkreativiti dengan idea masing2..

Owwwhhhh... sebelum saya lupa.. ada jugak yang tanya.. cik.. nak kena tulis Teori A, Teori B, Teori C ke... (macam dalam gambar yang bawah ni..) laaaa korang ni... namapun "template"... saya tulis macamtu sebab nak tunjuk macamana nak susun.. itu contoh je.. kalau korang dah tahu nak taip apa.. tajuk Teori A tu, korang gantilah dengan "Prinsip Animasi".. pastu Teori B tu, korang gantilah dengan "Prinsip Videografi".. dan seterusnya.. mengikut teori yang korang dah cari.. janganlah guna tajuk yang sama.. itu contohhhh.. faham ehhh..

Latar Belakang Teori (Bab 2, Kajian Lapangan)


Hope, korang dapat something daripada penulisan saya ni.. Selamat membuat projek.. Chaiyoookkk...

~Teori yang menyokong rekabentuk sesuatu projek FYP, tanpa teori, anda membuat projek tanpa tulang, senang runtuh.. bila runtuh.. tak berguna dah projek tu.. ~