Ta'aruf Blogger

Blog ni bermula apabila aku merasa simpati menengok student-student aku yang terkial-kial nak mula buat FYP untuk Diploma diorang. Diorang ni buat Diploma Kemahiran, cikgu-cikgu pulak kebanyakannya bukan background study dari "sekolah" kemahiran ni termasuklah aku. Kebanyakannya, graduan universiti, politeknik, kolej swasta dan yang sewaktu dengannya yang lebih bersifat akademik. So, bila nak guide, pengaruh gaya membuat projek di universiti tu sedikit sebanyak mempengaruhi anak-anak murid. Cikgu pulak berbeza-beza school of thought.. maka lahirlah macam-macam jenis FYP dan jenis laporan yang mengikut citarasa masing-masing.

So, aku ni pun tak pandai sangat, sementelah panduan FYP untuk kemahiran ni tiada yang betul-betul lahir dari fikiran berasaskan kemahiran, kebanyakannya banyak mencedok gaya akademik. Aku cubalah yang terbaik untuk guide student yang perlukan panduan, tetapi perlu diingat, apapun, yang menilai adalah penyelia projek anda, maka keputusan lulus atau gagal juga ditangan mereka, maka, blog ini hanya memberi idea, sekiranya tidak sesuai dengan penyelia anda, ikutlah kehendak mereka, kerana tanpa mereka, tiadalah markah anda.. haha.. Tapi saya yakin, tiada penyelia yang menolak perkara yang baik.. Inshaa Allah..

~Graduan Bacelor Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi, UPM.
~Bertugas lebih 10 tahun sebagai Pensyarah Latihan Vokasional di ILJTM.
~Sedang mengikuti pengajian Master dalam Bidang Psikologi Pendidikan, UPM.
~Suka berkongsi cerita menarik bersama rakan-rakan, pelajar-pelajar, dan sesiapa sahaja.
~Menulis blog untuk mengasah bakat penulisan dan berkongsi cerita inspirasi.
~Turut dijemput memberikan Ceramah Motivasi kepada pelajar-pelajar.

Sebarang perkongsian atau pertanyaan, Boleh hubungi:-

Emel :ammarkamilin@gmail.com
FB Peribadi : Ammar Muhamad
FB Page : Projek Diploma Kemahiran - FYP
Blog Lain : ammarmuhamad.blogspot.com

No comments:

Post a Comment