Friday 6 February 2015

Tajuk 28 : Guna watermark sebagai penanda kemajuan laporan FYP

Kebiasaannya semasa menulis laporan, anda akan "save as" file word dalam banyak versi. Ada versi 1, versi 2, versi "akan update", versi "final", versi "kena ubah habis", dan macam-macam lagi.

Pendek kata, selagi belum siap laporan untuk dihantar. Anda akan sentiasa ada fail terkini yang sedang diedit.

Terlampau banyak versi fail, boleh memeningkan kepala apabila anda mencari fail yang benar-benar dikehendaki.

Anda boleh gunakan watermark untuk mengingatkan anda, fail yang disimpan adalah versi terkini atau tidak.

[ Cara masukkan watermark ]

1. Pergi ke Menu bar > Pilih Page Layout > Watermark (anak panah merah gambar 1)

Gambar 1 : Ikon Watermark
 2. Tekan ikon Watermark > pilih Custom Watermark

Gambar 2 : Kotak Option Watermark
3. Pilih Text watermark. Pada bahagian "Text:", masukkan versi fail yang sedang diedit. Dalam contoh ini, saya gunakan "Edit 6.2.15". Bermaksud, fail ini telah diedit pada tarikh 6.2.15. (lihat gambar 2).

4. Setelah berpuashati dengan semua pilihan. Tekan OK.

Gambar 3 : Watermark telah diletakkan di belakang teks

5. Anda dapat melihat watermark terletak di belakang teks (gambar 3).

Dengan cara ini, anda dapat mengingat bila kali terakhir anda mengedit fail ini.

Tips:

Memang dalam "File > info" word ada diberitahu versi tarikh terkini fail diedit. Tetapi, perubahan kecil seperti "copy > paste" juga turut dikira sebagai versi terkini.
Dengan penggunaan watermark, anda hanya menanda tarikh sebenar anda menaip laporan dengan intensif.

Tahniah! Anda lebih mahir MS Word hari ini.

~Ammar Muhamad~

No comments:

Post a Comment