Thursday 5 February 2015

Tajuk 27 : Penulisan teks lebih kemas dan cantik dengan setting "Justify"

Apabila kita menaip laporan, pasti terdapat banyak perenggan yang dihasilkan. Setiap perenggan terdiri daripada beberapa ayat yang menjelaskan setiap maklumat yang hendak kita sampaikan kepada pembaca.

Biasa kita lihat, dalam laporan yang ditaip. Penulis meninggalkan teks perenggan mereka dalam keadaan "left allignment" (bulatan merah dalam gambar 1) yang menyebabkan penghujung teks dalam perenggan di sebelah kanan seperti tergantung dan tidak tersusun (lihat garis lurus merah dalam gambar 1).

Gambar 1 : Hujung perenggan berada dalam keadaan tidak tersusun
Bagi penyemak laporan, ini agak menyakitkan mata dan menunjukkan penulis tidak memiliki kemahiran MS Word.

Untuk mengelakkan anda menerima persepsi negatif yang sama. Sebaiknya, setiap perenggan hendaklah menggunakan "Justify allignment" (lihat bulatan merah dalam gambar 2) supaya teks di dalam perenggan akan kelihatan sama di penghujung sebelah kanan (lihat garisan merah dalam gambar 2).

Gambar 2 : Hujung perenggan tersusun dengan sama dan kelihatan kemas
Berbeza kan?

Jadikan "justify allignment" sebagai amalan penulisan laporan anda. Anda akan kelihatan lebih Pro!

Tahniah! Anda semakin mahir MS Word!

~Ammar Muhamad~

No comments:

Post a Comment