Tuesday 17 February 2015

Tajuk 29 : Cara mudah mengubah format teks yang di "copy paste" dari artikel lain

Setiap kali anda "copy paste" teks dalam artikel lain ke dalam MS Word, anda perlu membetulkan format teks agar selari dengan format teks lain yang telah sedia ditaip. Kebiasaannya, teks yang di "copy paste" berbeza dengan format sedia ada.

Untuk melakukan kerja-kerja mengubah format. Anda perlu mengingati jenis font, saiz font, warna font, italic, bold, dan sebagainya yang digunakan sama pada semua teks yang ada dalam fail MS Word.

Untuk memudahkan menukar format teks pada teks yang baru di "copy paste" dari artikel lain. Anda boleh manfaatkan cara ini.

PROSES 1
[ Tetapkan format teks untuk style "normal" dalam fail MS Word ]

1. Katakan, anda telah menaip satu perenggan teks dalam fail MS Word.
Hilight keseluruhan perenggan itu > tekan styles "normal".

2. Right click mouse pada kotak normal > pilih modify (gambar 1).
(perhatikan tulisan asal ialah Calibry (body), 11).

Gambar 1 : Modify format teks "normal"

3. Ubah (modify) format teks "normal" kepada format yang anda kehendaki. Dalam contoh ini, saya tukar kepada Times New Roman, Size 12, Justify, dan Line spacing 1.5. Tekan OK. (gambar 2)

Gambar 2 : Teks ditetapkan dalam format standard yang dikehendaki

4. Sekarang, teks dalam perenggan telah pun ditukar kepada format baru.


PROSES 2
[ Menukar teks "copy paste" kepada format standard yang ditetapkan ]

1. Anda copy paste teks daripada artikel lain ke dalam fail MS Word yang telah mengandungi teks asal.

Gambar 3 : Format teks yang di "copy paste" berbeza dari teks asal

2. Teks yang baru anda "copy paste" pasti kelihatan berbeza daripada teks asal (gambar 3).

3. Tetapi, untuk mengubah format teks yang baru di "copy paste" akan lebih mudah selepas anda membuat proses 1.

4. Anda hanya perlu hilight semua teks yang baru di "copy paste". Dan tekan kotak "normal". Semua teks yang baru akan bertukar kepada format standard yang telah anda tetapkan. (gambar 4)

Gambar 4 : Teks baru, sama seperti format teks asal (standard)

5. Anda telah pun menukar teks kepada format standard. Tanpa perlu mengingati jenis font, saiz font, dan ciri-ciri lain.

Mudah kan?

Tahniah! Anda semakin mahir MS Word!

~Ammar Muhamad~
#drMAK

1 comment: