Friday 20 December 2013

Tajuk 1 : Jangan tunggu idea datang macam tunggu hujan turun!

Ni apahal dok termenung jauh macam orang bercinta je ni?


Huishh.. takdela cik.. mana ada bercinta.. saya tengah fikir macamana nak start projek ni..

Apa yang ko fikirkan?

Yelah, ni dah nak hujung sem 5, tinggal lagi sebulan nak abis, sem depan dah nak buat projek, puan dah mula mintak tajuk projek, tu yang saya dok fikir nak buat projek pasal apa..

Habis tu yang ko dok termenung ni, ko ingat ilham akan turun dari langit ke?

Heheh.. takdelah camtu cik.. saya pun pening macamana nak carik tajuk..

Tulah ko.. sama macam syuib sepahtu.. asyik peninggg ahhh.. mana tak pening manjang..

Cane eh cik, nak cari idea? penat dah kepala saya berfikir, bangun tido terus fikir nak buat tajuk apa, tapi tak dapat-dapat jugak..

Tulah masalah korang ni.. apa, ko ingat nak dapat idea buat projek boleh main dok termenung macamtu je ke nak dapat tajuk..? dah berapa banyak buku ko baca? dah berapa banyak website ko bukak? dah berapa banyak youtube ko tengok?

Buku? memang takdela cik.. website memang banyak dah saya bukak.. youtube lagila selalu.. tiap2 hari saya bukak.. hehe..

Bistu, apa yang ko dapat?

Tak dapat pape cik, sebab saya tengok seronok-seronok je.. (sengih  macam kerang busuk)

(aku sekeh jugak budak ni kang..) lain kali.. kalau dah baca website ke, tengok youtube ke, sambil tengok tu, bawak2la berfikir sekali.. cuba fikir macamana ko boleh hasilkan benda yang sama macam apa yang ko tengok tu.. cuba fikir, agak-agak teknik apa dia pakai.. macamana dia buat sampai jadi best macamtu.. janganla tengoookkk je... tak mengkaji langsung... ko kan budak diploma.. buatla analisa sikit..

Haah.. takdela pulak saya terfikir nak buat analisa sampai detail camtu cik.. (garu kepala..)

Laa.. ko kan budak multimedia, patutnya kalau tengok benda2 grafik, video, animasi ni, mestilah ko akan rasa teruja.. macam tertanya-tanya macamana diorang boleh buat hebat macamtu.. takkanlah tengok "kosong" je macam takde perasaan.. patutlah ko buat kartun pun kaku.. tak lawak langsung.. takde perasaan rupanya..

Haha.. cik.. kutuk lebih tu cik.. tapi betul jugak cik kan.. patut saya kena buat "deep thinking" sambil-sambil tengok hasil-hasil multimedia ni, baru boleh dapat idea kot..

Tahu pun.. by the way, pandai pulak ko sebut deep thinking ehh.. ko belajar mana..

Kan cik citer dalam kelas.. heheh..

Ada jugakla yang lekat dalam kepala ko apa yang saya ajar, ingatkan tidoo je.. meh saya bagi tips sikit cane ko boleh dapat idea..

1. Masuk je semester 5, ko carilah guna pakcik google mana-mana website yang ada upload hasil kerja projek pelajar-pelajar sebelum ni, tak semestinya projek diploma je, ko tengok juga projek2 yang best2 tak kisahlah peringkat apa pun.

2. Melalu website2 tu, ko tengok hasil-hasil projek yang diorang pernah buat dan kaji teknik2 apa yang diorang pakai nak buat projek tu.. macam contoh.. kalau ko minat animasi.. ada macam2 animasi.. ada yang guna stop motion.. stop motion pulak ada guna tanah liat, ada guna kertas, ada guna lukisan, ikutlah macamanapun, macam2 teknik ada.. ko kajilah habis2..

3. Bila ko dah faham semua teknik-teknik yang wujud atas muka bumi ni, ko pilihlah mana-mana yang ko rasa ko boleh buat.. ko kacukkan ikut idea ko sendiri, untuk dapat hasil yang lain daripada yang lain..

Tapii cik, bab2 teknik semua ni saya dah terror dah.. saya cuma tak tahu nak buat projek pasal apa..

 Itulah pasal, ko kena rajin membaca isu-isu semasa.. ko, kena tengok, bila orang buat video ke, animasi ke, kartun ke, biasanya apa tema yang diorang pilih.. topik apa yang diorang cerita.. daripada situ baru boleh buka mata..

Pendekkan cerita, daripada ko dok termenung fikir tajuk apa nak buat.. sibuk nak memetik idea daripada lagit.. baik ko bukak laptop ko.. surf internet.. buat apa yang saya cakap.. tengok sebanyak-banyak contoh yang ko mampu sampai muntah.. kalau tak keluar idea jugak.. memang nasib ko.. sebab biasanya memang akan dapat idea..

Nak hasilkan karakter yang best pun, kena banyak baca komik..





Owh.. satu lagi, bila ko surf internet, sentiasa letak dalam kepala untuk fikir dua benda ni..




1. Macamana diorang buat, so daripada sini ko akan terpaksa fikir teknik apa yang diorang pakai, dan ko kena search pulak macamana nak buat teknik-teknik tu.. ini kita panggil metadologi atau kaedah..

2. Tentang apa diorang buat, so daripada sini, ko akan faham, apa mesej yang nak disampaikan, dan ko sendiri akan dapat idea, mesej apa ko nak sampaikan pada penonton.

Kalau dah dapat dua benda tu, dah boleh mula projek dah..

Owhh.. saya cuba dulu cik.. nanti tak faham saya tanya lagi..

Baguslah bertanya.. jangan dok diam2.. ingatkan pandai.. rupanya... ko sambungla sendiri..

Aduh cikk.. kena lagi...



(Banyakkan membaca, membaca, dan membaca, baru anda akan memperolehi idea..)


3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Qayyum,
      Caranya sama saja untuk student networking @ programming, apa yang kita perlu buat ialah.. banyakkan membaca.. membaca dengan penuh persoalan di kepala.. macam yang telah saya beritahu.. dari pembacaan.. barulah kita akan dapat beberapa idea.. teruskan membaca.. kalau di ILP Kuala Langat.. minta En. Md Nazri jelaskan apa maksud artikel ni..

      Delete
    2. Terima kasih atas nasihat Encik.

      Delete