Wednesday 28 January 2015

Tajuk 26 : Cara pantas menjadikan format "Heading" anda sama dalam keseluruhan laporan

Dalam satu laporan, kebiasaannya akan terdapat banyak "heading" @ tajuk yang perlu dimasukkan. Setiap heading @ tajuk perlu menggunakan format yang sama dari segi typeface, font size, font type, dan sebagainya.

Apa yang biasa anda lakukan mungkin dengan mengulangi proses menukar format untuk setiap heading menggunakan tools seperti gambar 1.

Gambar 1 : Font Toolbar
Kelemahannya, anda perlu mengingat format yang telah anda tukar dan membuang masa melakukan setting format berulang-ulang kali.

Cara di bawah lebih memudahkan tugas anda.


[ Cara pantas mendapatkan "Headings" yang seragam ]

1. Taip semua tajuk yang anda perlukan dalam laporan (contoh gambar 2). Cuba perhatikan pada bahagian "Styles", teks dalam setting "normal" (kotak merah).

Gambar 2 : Semua tajuk ditaip ke dalam laporan

2. Pilih satu tajuk, contohnya, "Latar belakang kajian". Anda tukar setting kepada "Heading 1" dengan klik pada kotak "Heading 1" (kotak merah dalam gambar 3). Perhatikan format tajuk "latar belakang kajian" turut bertukar (anak panah merah).

Gambar 3 : Tajuk ditukar kepada style "Heading 1"

3. Jika format tulisan ini tidak menepati kehendak anda. Jangan risau. Anda masih boleh menukarnya kepada format yang anda kehendaki. Right click (mouse) pada kotak "Heading 1" dan pilih "modify" (rujuk gambar 4).

Gambar 4 : Menukar format untuk style "Heading 1"
4. Satu kotak pop-up akan keluar. Sekarang, anda boleh menukar format mengikut fontype, font size, color, alignment, dan apa saja yang anda kehendaki. Anda boleh mencuba semua pilihan (rujuk kotak merah berlabel 1 dalam gambar 5).

5. Anda boleh melihat perubahan yang telah dibuat secara "real-time" seperti dalam kotak merah (2) gambar 5.

6. Jika anda terlupa perubahan yang dibuat, boleh semak seperti dalam kotak merah (3) gambar 5.

Gambar 5 : Kotak pop-up untuk menukar format "Heading 1"
7. Selepas berpuashati dengan format yang diubah. Anda boleh tekan OK. Tajuk "latar belakang kajian" telah bertukar format baru (lihat gambar 6).

Gambar 6 : Menukar tajuk lain kepada format yang sama


8. Sekarang, anda mahu semua tajuk yang lain mempunyai format yang sama dengan tajuk di atasnya. Maka, hilight semua tajuk dengan menekan kekunci ctrl+click (rujuk gambar 6).

9. Kemudian tekan butang "Heading 1" (rujuk gambar 7). Semua tajuk tadi akan bertukar kepada format yang sama (gambar 7).

Gambar 7 : Semua tajuk mempunyai format yang sama!
10. Tadaa! Anda telah pun menyeragamkan semua tajuk dengan format yang sama.

Hot Tips:
Anda hanya perlu melakukan "modify" format "Heading 1" sekali sahaja untuk dokumen ini. Apabila anda menambah tajuk baru. Hanya perlu higlight, dan tekan "Heading 1". Tajuk baru akan bertukar mengikut format rakan-rakannya yang lain.

Selamat mencuba!

Tahniah! Anda semakin mahir guna MS Word!

:) ~Ammar Muhamad~

No comments:

Post a Comment