Sunday 7 September 2014

Tajuk 13 : Apakah yang perlu ditulis dalam "Latar Belakang Teori" ?

SENARIO

Saya banyak menerima pertanyaan tentang maksud sebenar "Latar Belakang Teori" yang terletak di dalam Bab 2 (Kajian Lapangan) Laporan FYP. Tidak dapat dinafikan, memang bab 2, adalah antara bab yang paling sukar untuk ditulis kerana memerlukan pemikiran yang jelas dan pelajar perlu kritikal dalam mengulas pengetahuan yang diperolehi melalui pembacaan untuk diterjemahkan ke dalam penulisan bab 2 ini.

Antara soalan yang diterima;

1. "Salam cik ammar..saya student ilpkls...apa maksud teori tu?? boleh terangkan dengan lebih lanjut tak?dia lebih pada penerangan macam mana kita boleh dapat idea tu ke macam mane?"

2. Yang message guna FB pun ada;

Latar Belakang Teori yang menghantui...

Jujurnya, saya sendiri masih mencari formula terbaik  untuk memudahkan penulisan "Bab 2 kajian lapangan" untuk pelajar-pelajar supaya dapat terus menulis kajian lapangan dengan lancar. "Latar Belakang Teori" adalah salah satu komponen yang terdapat dalam bab 2 ini. Semoga diberikan ilham untuk mendapat formula tu nanti.


LATAR BELAKANG TEORI

Untuk memudahkan pemahaman, bayangkan macamni, awak nak buat projek "KERUSI BERODA MUDAH SIMPAN". Bila sebut kerusi, apa yang awak bayangkan? mestilah sebuah kerusi yang biasa kita nampak dimana-mana, terutamanya dalam bilik kuliah atau makmal komputer.

Saya beri analogi mudah, awak nak menghasilkan kerusi.  Tetapi, awak bukan buat kerusi daripada idea yang "kosong". Dah ramai orang buat kerusi sebelum ni, awak sendiri pernah tengok pelbagai jenis kerusi, jadi, awak perlu tahu, semua yang berkaitan tentang kerusi yang pernah dibuat sebelum ini, supaya awak boleh buat kerusi yang "Special". Itulah sebabnya awak perlu buat "Kajian Lapangan". Awak hanya perlu membaca sebanyak mungkin idea, dan hasilkan idea anda sendiri dengan mencantumkan ciri-ciri dan kefungsian yang awak nak dalam projek awak, itulah tujuan "Kajian Lapangan".


Kerusi ni dah best! ada roda, boleh gerak, tapi memakan ruang kalau nak simpan...

Dengan membayangkan kerusi di atas, macamana awak nak tukarkan rekabentuk kerusi tu kepada bentuk yang boleh dilipat dan mudah disimpan?? Haaa.. itulah idea yang awak nak buat dalam projek ni.. So, Bila timbul persoalan, MACAMANA NAK BUAT KERUSI YANG MUDAH DISIMPAN? ini menunjukkan awak perlu mula melakukan "Kajian Lapangan".. maknanya, MENCARI MAKLUMAT, APA YANG AWAK PERLU TAHU UNTUK MEMBUAT KERUSI LIPAT?.

"APA YANG AWAK PERLU TAHU = KAJIAN LAPANGAN"

Jadi, apa yang awak perlu tahu untuk membuat sebuah KERUSI?

Awak perlu tahu TIGA perkara;

PERTAMA, APAKAH ELEMEN-ELEMEN REKABENTUK KERUSI?
KEDUA, APAKAH KAEDAH/TEKNIK PENGHASILAN KERUSI?
KETIGA, APAKAH KEFUNGSIAN/CIRI-CIRI KERUSI?

Jawapan kepada ketiga-tiga persoalan di atas, adalah apa yang perlu awak tulis dalam "LATAR BELAKANG TEORI". Jom, saya cuba bagi contoh;

Soalan Pertama, (Elemen-elemen Rekabentuk Kerusi)

Cuba tengok apa elemen yang ada pada sebuah kerusi? Kerusi ada tempat sandar, tempat duduk, tombol pelaras kerusi, tongkat tempat duduk, roda tiga, dan tempat letak tangan (saya bukan pakar perabot, saya tengok daripada gambar atas, hahaha..). Jadi, ini semua adalah elemen yang perlu awak terangkan dalam latar belakang teori. Kenapa perlunya semua elemen-elemen ini pada sebuah kerusi? Awak menerangkan secara umum, apa elemen-elemen yang ada pada sebuah kerusi. Supaya awak jelas, untuk menghasilkan kerusi, perlu ada elemen ini, atau awak mungkin memilih untuk membuang mana-mana elemen yang tidak perlu dalam rekabentuk anda. Terpulang pada awak.

Soalan Kedua, (Kaedah/Teknik Penghasilan Kerusi)

Awak tidak ada idea bagaimana kerusi dibuat, so, awak boleh search dalam google untuk membaca kaedah-kaedah penghasilan kerusi. Secara mudah, mungkin ini adalah teknik untuk menghasilkan sebuah kerusi,

1. Membuat rangka tempat sandar (ergonomik)
2. Membuat tempat duduk (menggunting & menjahit kain dan span)
3. Membuat tongkat kerusi
4. Memasang tongkat kerusi kepada tempat duduk
5. Memasang tempat sandar kepada tempat duduk
6. Memasang roda pada tongkat kerusi
7. Ketatkan Skru pada semua bahagian kerusi
8. SIAP!

Saya tahu proses buat kerusi lebih rumit, tapi ini hanya contoh, jika awak sendiri bertukang membuat kerusi. Maka, semua proses ini juga, akan awak ceritakan dalam "Latar Belakang Teori" satu persatu supaya pembaca mendapat idea bagaimana menghasilkan sebuah kerusi tanpa perlu menggoogle macam awak... (ala-ala, awak tolong terangkan semula apa yang awak tahu kepada yang tak tahu..)

Soalan Ketiga, (Kefungsian/ciri-ciri kerusi)

Bila kerusi awak telah siap, bagaimana untuk mengetahui bahawa kerusi awak benar-benar berfungsi? Betul ke kerusi awak memenuhi ciri-ciri yang awak tetapkan dalam objektif projek? Betul ke kerusi awak mudah simpan?

Oleh itu, awak perlu tahu bagaimana untuk menghasilkan kerusi yang mudah simpan.. antara kaedah yang boleh digunakan, mungkin lipat? mungkin boleh cabut-cabut? mungkin boleh sorok bawah meja? mungkin boleh disimpan dalam rak? atau macam-macam kemungkinan.. jadi, semua ni perlu awak kaji, supaya awak boleh memilih fungsi-fungsi yang paling awak kehendaki dalam kerusi yang awak hasilkan. Semua kemungkinan ni, awak boleh ceritakan dalam "Latar Belakang Teori" supaya pembaca mengetahui pelbagai pilihan yang awak boleh gunakan untuk hasilkan "KERUSI BERODA MUDAH SIMPAN".

Siaplah kerusi saya yang MUDAH SIMPAN! Tapi takde rodalah pulak.. Nanti tambah roda...


Bila awak telah mengkaji, mendapat maklumat, mengetahui, dan memahami semua persoalan di atas, maka bolehlah anda mula menulis topik "LATAR BELAKANG TEORI". Untuk projek kerusi ni, saya cadangkan susunan topik seperti di bawah;



BAB 2

KAJIAN LAPANGAN



2.1 Pengenalan


2.2 Latar Belakang Teori
      2.2.1 Elemen Rekabentuk Kerusi
      2.2.2 Jenis-jenis Kerusi dan Kegunaan
      2.2.3 Ciri-ciri Ergonomik Kerusi
      2.2.4 Proses Penghasilan Kerusi
      2.2.5 Ciri-ciri Fungsi Istimewa Kerusi


2.3 Analisis Projek Lepas


Saya sengaja beri contoh membuat kerusi, supaya mudah dibayangkan oleh semua pembaca.. tetapi saya faham, mungkin bagi pelajar dari bidang teknikal seperti ICT memerlukan contoh yang lebih dekat dihati. Jadi, saya beri contoh sub-topik "Latar Belakang Teori" sekiranya awak buat projek berkaitan video (lakonan iklan).


BAB 2

KAJIAN LAPANGAN



2.1 Pengenalan


2.2 Latar Belakang Teori
      2.2.1 Elemen Rekabentuk Video Iklan
      2.2.2 Spesifikasi Video Iklan
      2.2.3 Proses Penggambaran
      2.2.4 Lokasi dan Pencahayaan
      2.2.5 Kualiti Video Iklan
      2.2.6
      .......... boleh tambah lagi sub-topik lain ..........


2.3 Analisis Projek Lepas

~Harap awak dah nampak apa yang perlu ditulis~



No comments:

Post a Comment