Monday 29 September 2014

Tajuk 16 : PPL tergamam menonton pembentangan FYP ini!

Entah kenapa bila tiba pembentangan projek tahun akhir, kebanyakan pelajar akan sibuk untuk menyiapkan slide powerpoint masing-masing yang sarat dengan teks yang dicopy paste daripada laporan masing-masing dan diletakkan di dalam slide dengan sangat padat. Belum dikira dengan font yang sekejap besar sekejap kecik, langsung tidak seragam sepanjang pembentangan.

Bila ditanya, "Awak dah sedia untuk presentation?"
Maka jawapannya "Belum cik, tengah siapkan slide powerpoint, ada sikit lagi belum masukkan"

Timbul persoalan, adakah pembentangan projek tahun akhir adalah semata-mata dengan powerpoint? Adakah presentation itu powerpoint, powerpoint itu presentation? Semestinyakah begitu?

Saya ingin mengubah sedikit persepsi kurang tepat ini, supaya pembentangan pelajar-pelajar Diploma kemahiran mengalami sedikit lonjakan dan lebih menarik untuk ditonton oleh audiens yang hadir terutamanya PPL yang menilai.

Apabila disebut pembentangan @ persembahan PTA, tidak semestinya hanya menggunakan powerpoint. Powerpoint hanya semata-mata salah satu kaedah @ tools dalam pembentangan yang boleh digunakan. Banyak lagi kaedah lain yang boleh diaplikasikan oleh pelajar dalam sesi pembentangan PTA mereka.

Untuk memudahkan pemahaman, saya bagi Senario;

Rata-rata pelajar diminta untuk membuat pembentangan dalam masa 20~25 minit satu projek. Maka, kita boleh bahagikan pembentangan kepada 4~5 bahagian persembahan yang setiap bahagian mengambil masa lebih kurang 5 minit (campur semua, jumlahnya masih 20~25 minit).

Apabila diminta membuat persembahan, alangkah baik jika pelajar dapat melakar jalan cerita yang ingin dipersembahkan kepada penonton dengan melakar terlebih dahulu di atas kertas putih dan bukannya terus membuat slide powerpoint. Anggap sahaja anda ingin membuat persembahan seperti mementaskan sebuah TEATER yang memerlukan Storyboard, Skrip, Props, dan sebagainya.

Sebagai CONTOH;

1st 5 minit - Perkenal penyataan masalah anda dengan menggunakan petikan VIDEO yang memaparkan situasi/lokasi masalah berlaku. Anda kukuhkan lagi dengan ayat PENUH EMOSI dan INTONASI TEGAS daripada penyampaian anda.

2nd 5 minit - Menyatakan mengapa anda SANGAT TERUJA untuk hasilkan projek anda (untuk mengatasi masalah tadi) dan maklumkan audiens objektif projek (apa projek akan capai) dan rekabentuk projek (bagaimana ciri-ciri dan fungsi bakal projek) dengan menggunakan SLIDE.

3rd 5 minit -Tunjukkan bagaimana projek anda dihasilkan, aktiviti yang anda lakukan mengikut jadual perancangan Gantt Chart (tunjuk dalam SLIDE) dan kemudiannya tayangkan VIDEO @ GAMBAR-GAMBAR ketika anda melaksanakan projek (gambar sebenar ketika anda bekerja).

4th 5 minit- DEMONSTRASI ciri-ciri dan fungsi projek yang telah anda hasilkan (tidak perlu guna SLIDE, terus tunjukkan projek sebenar sebagai props). Sambil Demonstrasi, sambil menerangkan kelebihan projek. Anda boleh mengejutkan penonton, dengan memanggil rakan anda dari kalangan penonton untuk mencuba (anda boleh pakat kalau kurang yakin).

5th 5 minit- TESTIMONIAL oleh pengguna yang telah mencuba projek anda. Tunjukkan SURAT @ VIDEO TEMURAMAH kepuasan hati mereka apabila menggunakan projek anda. Ini adalah PENGESAHAN bahawa projek anda adalah REAL dan WORKING!

6th 2 minit - Tutup dengan SATU ayat yang TEPAT dan MENGGAMBARKAN projek anda keseluruhannya dengan DRAMATIK.
Sebagai Contoh, Mop Automatik, "ANDA TIDAK PERLU MENGEMOP LANTAI LAGI SEUMUR HIDUP".


Keseluruhan 27 minit akan terasa singkat dan anda tidak akan letih dengan HANYA MEMBACA SLIDE yang SEMUA ORANG pun PANDAI BACA!

Kata kunci kepada PERSEMBAHAN MENARIK ialah Jalan Cerita, Variasi teknik penyampaian (demonstrasi, video, audio, slide, jemput audiens, melukis di board, dan sebagainya), intonasi, gimik, dan klimaks.



Persembahkan Projek Tahun Akhir seperti audiens menonton TEATER!

Persembahan yang mempunyai JALAN CERITA yang menarik akan membuatkan penonton BERKHAYAL dan TENGGELAM dalam IMAGINASI dan EMOSI masing-masing. TANPA DISEDARI, anda telahpun tamat membuat persembahan, WOW!!

~MAK~



3 comments:

  1. awesome. minggu depan nak bentang, sempat ke nak buat.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, boleh diusahakan. Ambil dalam 2 jam untuk merancang persembahan. Apabila sudah ada rangka, proses lainnya akan lancar dan mudah. All the best!

      Delete
    2. hahaha, ada masa 3 bulan lagi. sebab ikut carta ghantt yg di bg. tolong bg tips lagi . tq

      Delete