Monday 29 September 2014

Tajuk 17 : Rahsia jadikan penonton terlopong mendengar pembentangan anda!

Apa yang anda INGINKAN DARIPADA PENONTON semasa anda membuat presentation?
1. Mereka mendengar apa yang anda sampaikan.
2. Mereka tidak menguap mendengar persembahan anda.
3. Mereka memberi perhatian sepenuhnya kepada anda.
4. Mereka tidak bersembang dengan rakan sebelah.
5. Mereka berminat, dan banyak bertanya tentang Projek anda.

Tetapi kenapa semua ini tidak berlaku semasa anda membuat pembentangan? Kenapa segala-galanya kelihatan kosong dan mengelirukan di mata mereka? Kenapa mereka kelihatan SEGAN dan tidak mahu bertanya kepada anda?

Sebabnya ANDA TIDAK MENYEDIAKAN CAWAN (OTAK KOSONG) UNTUK MENUANG AIR KOPI (IDEA) ANDA! Anda biarkan IDEA anda melimpah-limpah di ATAS LANTAI!


Tanpa Cawan yang kosong, Air Kopi akan melimpah-limpah dan tak dapat diminum!

Penonton di hadapan anda tidak tahu kenapa mereka perlu mendengar pembentangan projek anda. Maka, tanggungjawab anda untuk MENGOSONGKAN minda mereka supaya bersedia untuk menerima IDEA BARU anda yang kelihatan menarik untuk mereka.

Kebanyakan pelajar, terus membuat pembentangan dengan menceritakan tajuk projek, latar belakang kajian, barulah penyataan masalah. Dalam 5 minit pertama pembentangan, semasa anda membuat pembentangan, penonton sedang mencari jawapan kepada persoalan "KENAPA AKU KENA DENGAR PRESENTATION DIA NI?". Kalau anda tak berjaya memberikan jawapan kepada persoalan ini dalam tempoh tersebut. Maka, dialog anda yang seterusnya tidak akan dihiraukan.

Saya cadangkan anda bermula dengan PENYATAAN MASALAH! Ceritakan apa masalah yang berlaku sehingga anda TERPAKSA menghasilkan PROJEK YANG MENYELESAIKAN MASALAH!

Apabila anda bercerita tentang MASALAH, penonton akan mula mengosongkan minda mereka secara automatik kerana mereka ingin tahu apa penyelesaiannya.

Contohnya,
Projek anda adalah "PENGEMOP LANTAI AUTOMATIK"

Babak 1

Anda mulakan dengan ayat "TIADA SIAPA YANG MENYUKAI PEKERJAAN MENGEMOP LANTAI"
(penonton akan mula bersetuju dengan anda)

Anda sambung, "MENGEMOP LANTAI ADALAH PEKERJAAN YANG SANGAT MEMENATKAN, BAYANGKAN JIKA ANDA MEMPUNYAI RUMAH BANGLO!"
(penonton mula berimaginasi tentang rumah mereka sendiri)

Anda menekan lagi, "ADAKAH KITA SANGGUP TERUS MENGEMOP LANTAI SEPANJANG HIDUP KITA?"
(mereka akan mula tertekan dengan situasi yang anda bayangkan)

Anda cuba berlagak hero, "ALANGKAH INDAHNYA JIKA HIDUP TIDAK PERLU MENGEMOP LAGI, ADAKAH WUJUD ALAT YANG BOLEH MEMBANTU?"
(mereka mula tertanya-tanya, ada ke alat untuk mop? kat mana nak cari?)

Anda pun dengan berlagak, memegang "Pengemop lantai automatik" anda dan menyatakan dengan TERUJA, "PENYELESAIANNYA DI HADAPAN MATA ANDA".
(anda telahpun ikat perhatian mereka, mereka akan tidak sabar menantikan, bagaimana PRODUK AJAIB anda menyelesaikan masalah mereka).

Kemudian, baru anda perkenalkan "PROJEK SAYA, PENGEMOP LANTAI AUTOMATIK"

Tamat Babak 1.


Apa yang berlaku adalah, anda telah mewujudkan ruang baru dalam otak mereka, untuk menerima maklumat yang anda ingin sampaikan. Anda telah MEMBERIKAN MASALAH yang menyebabkan mereka meronta-ronta mencari jawapan kepada penyelesaian yang sebenarnya ada di TANGAN anda!

Kesilapan anda yang biasa adalah menawarkan penyelesaian (ceritakan tentang projek anda) tanpa menceritakan apa masalah sebenarnya (penyataan masalah yang tidak jelas)!

Cuba anda aplikasikan teknik ini dalam pembentangan anda, dan lihat bagaimana penonton dan anda seperti MAGNET! Cuba SEKARANG!

~MAK~

No comments:

Post a Comment