Sunday 14 September 2014

Tajuk 14 : Fail FYP Hilang??? Kenapa tak guna Dropbox?

Dalam tajuk lepas, saya ada ceritakan bagaimana untuk install dropbox dalam PC anda. Apa yang best sangat pasal dropbox ni? kenapa saya beria-ria sangat suruh anda mencuba atau gunakan fungsi yang ada pada dropbox ni? kenapa.. kenapa.. dan kenapa ye..?

Jom tengok, ada tak anda menghadapi masalah-masalah macam keadaan kat bawah ni?

1. Setiap kali menaip laporan FYP, akan "save as" fail dalam versi yang lain. Pastu, bila dah banyak kali menaip, anda simpan dalam thumb drive yang berbeza-beza. Pastu lupa dah mana satu versi yang terkini. Alamak!

2. Simpan fail laporan FYP dalam PC, Laptop atau Thumb Drive. Sekali nak buka, tak boleh! Virus detected! Alamak!

3. Baru nak on PC/Laptop, tiba-tiba keluar skrin biru! Alamak! Kena FORMAT!!! Habisla fail aku??!!

4. Dah ghairah nak taip laporan FYP kat PC di rumah, tiba-tiba baru teringat, fail laporan FYP ada dalam PC di asrama, atau thumb drive tertinggal di bilik! Alamak!!

5. Tengah lenggang kangkung berjalan, tiba-tiba terjumpa penyelia projek yang dah 4 minggu anda mengelak. Dia tanya, macamana progress laporan FYP? Anda tak bawak laptop, macamana nak tunjuk? Alamak!!

6. Anda pinjam PC kawan bilik lain untuk taip laporan FYP, bila nak save fail, alaaaa aku tak bawak thumb drive pulakkk!!! Alamak!!!

7. Penyelia anda bagitahu, "Saya nak tengok laporan FYP awak ada penambahan dari minggu ke minggu, tiap-tiap minggu tunjuk pada saya". Aduhh macamana nak buat ni, takkan asyik nak hantar emel tiap-tiap minggu??

8. Balik kampung cuti seminggu, anda dengan semangatnya menaip laporan projek FYP sampai siap dalam Laptop kerja mak/ayah, tiba-tiba teringat, Alamak!! Thumb drive tinggal pulak, macamana nak bawak balik ILP report ni??

Kalau anda semua mengalami mana-mana peristiwa di atas, maka WAJIBULGHUNNAH anda mempunyai akaun dropbox! Kerana dengan menggunakan dropbox;


1. Walaupun anda menaip daripada pelbagai PC/laptop yang berbeza. Anda tak perlu save fail dalam banyak versi. Hanya ada satu fail laporan FYP dan anda akan sentiasa edit fail yang sama, dan bila anda save, fail tersebut akan automatik update versi terkini di dalam dropbox. Jadi, anda tahu bahawa fail laporan FYP adalah sentiasa yang terkini.

2. Simpanan anda telah selamat berada di "awan". Anda tidak perlu risau lagi. Sekalipun PC/laptop dan thumb drive anda terkena virus atau perlu di FORMAT, fail anda masih terselamat dan boleh diambil di "awan".

3. Fail di dalam dropbox boleh diedit daripada mana-mana PC/ laptop secara online. Apabila balik ke kampung, anda hanya perlu masuk website dropbox, buka fail anda, taip sebanyak mungkin laporan FYP yang anda mahu, save fail tersebut. Dengan melenggang anda boleh balik ke asrama tanpa thumb drive. Bila buka PC/laptop di asrama yang ada internet, Tadaaa!! Fail anda sama seperti yang telah ditaip di rumah!!

4. Jika anda ada Smarthpone atau Tablet, HTC, Apple, Lenovo, Samsung, Xiaomi, dan apa-apa jelah. Anda boleh tengok fail anda daripada dari HP atau Ipad!! Jadi, jika terjumpa penyelia di tengah jalan, anda terus mengeluarkan HP anda yang berkeluasan 4.3 inci tu untuk tunjuk fail laporan anda, Waahhh! amat bergaya!! (pastikan dah siaplaaa... kalau tak.. kena hempuk free dengan penyelia..)


Fail dan Folder di dalam Dropbox yang kelihatan di PC dan Mobile Phone adalah SAMA! Synchronize! Updated!

5. Anda boleh dengan sesuka hatinya pergi ke bilik rakan lain di asrama. Pinjam PC/Laptop diorang untuk taip laporan FYP anda sekiranya takde PC, atau Laptop anda sedang diformat. Buka akaun dropbox melalui PC/laptop diorang, buka fail laporan FYP anda, taip..taip.. taip.. Save! Bila anda dapat semula PC/Laptop anda, anda bukak je laptop, buka dropbox. Tadaaaa!!! Fail laporan anda taip tadi telahpun tersedia. Fuhhh... tak buang masa bro...

6. Kalau yang buat kerja-kerja projek seperti rendering yang makan masa berjam-jam dah tak perlu risau. Sambil menunggu, boleh guna PC/laptop lain untuk taip laporan FYP. Just buka Dropbox anda.

7. Tahap kerisauan anda juga boleh dikurangkan, kerana jika PC/Laptop perlu diformat, anda masih boleh TERSENYUM!.. Cayalah...

8. Anda tak perlu lagi gantung thumb drive di leher dan bawa ke hulu ke hilir macam kumpulan rap. Simpan jelah thumb drive tu khusus untuk sebarkan virus! hahahaha.. (virus cintaku.exe apapun tak boleh...)

9. Anda boleh kongsikan fail laporan FYP anda dengan penyelia anda. Setiap kali anda kemaskini fail laporan FYP, penyelia boleh terus semak dalam folder akaun dropbox anda. Jangan risau, dia hanya boleh lihat folder yang anda share, folder photo yang banyak gambar selfiaq hangpa, dia tak boleh masuk. (suka betul selfiaq..)j

Akhirnya,

10. Jika di rumah dah ada PC/Laptop yang mempunyai sambungan internet, maka, anda tak perlu mengangkut PC untuk bawak balik rumah bila cuti seminggu atau dua minggu. Anda boleh je buat laporan dari kampung, save fail, dan bila balik ILP, buka PC, dah siapppp!!! Sama macam yang anda taip di rumah.

Jom Berdropbox! Selamat Mencuba!


~Anda boleh cuba aplikasi simpanan awan yang lain seperti google drive, sky drive, dan sebagainya, yang penting, mesti ADA!~


No comments:

Post a Comment