Thursday 22 January 2015

Tajuk 22 : Lebih mudah guna "page break" semasa menaip

[ Menaip lebih mudah, jika tahu menggunakan "Page Break" ]

Anda sedang menaip laporan untuk dihantar. Sampai separuh muka surat, anda hendak memulakan tajuk baru. Anda pun menekan "enter" beberapa kali sehinggalah masuk ke muka surat baru.

Senario di atas, adalah amalan biasa kebanyakan pengguna MS Word. Anda boleh semak dengan menggunakan "togeh" (rujuk artikel sebelum ini).

Masalahnya ialah, apabila anda menambah ayat baru dalam muka surat sebelum itu, muka surat seterusnya akan teranjak ke bawah dan tidak lagi berada di bahagian atas.

Maka, yang lebih baik adalah menggunakan "page break".



Langkah mudah menggunakan "page break"



[ Cara-cara "Page break" ]


1. Letakkan kursor di kedudukan terakhir perenggan ( pastikan "on" togeh) sebelum anda hendak beralih ke muka surat baru (lihat no.1 dalam gambar).

2. Pergi ke bahagian "menu bar", klik "insert", dan pilih "page break" (lihat no. 2 dalam gambar).

3. Satu label tertulis "page break" akan kelihatan pada skrin, dan tanda togeh akan "melompat" ke muka surat baru. Walaupun masih ada baki muka surat yang kosong.

Sekarang, anda boleh mula menulis di muka surat baru.

Tips:
Apabila anda hendak menambah teks di muka surat sebelumnya.
Anda hanya perlu letakkan kursor di tanda togeh terakhir.
Terus menaip ayat baru.
Anda akan lihat, muka surat seterusnya tidak akan berganjak!
Jika berganjak sekalipun, tajuk masih berada di bahagian atas muka surat baru.

Selamat mencuba! Saya yakin anda lebih mahir.


#drMAK

No comments:

Post a Comment