Monday 26 January 2015

Tajuk 24 : Printscreen @ Screenshot secara "pilihan" menggunakan MS Word

Dalam artikel lepas, anda telah mempelajari bagaimana untuk membuat printscreen @ screenshot menggunakan MS Word. Tetapi, dalam artikel tersebut, anda hanya mengambil gambar "windows" yang sedang dipaparkan pada skrin secara keseluruhan.

Bagaimana jika anda hanya mahu mengambil gambar "sebahagian" daripada apa yang dipaparkan di atas skrin?

Menggunakan prosedur yang sama, anda boleh "select" gambar skrin yang anda kehendaki sahaja.

Boleh cuba langkah ini.


[ Cara-cara "select" gambar yang mahu di"print screen" ]

1. Open dahulu mana-mana fail atau laman web yang akan di"print screen". Dalam contoh ini, saya buka laman web Universiti Putra Malaysia (gambar 1).

Gambar 1 : Buka laman web yang hendak di "print screen"

2. Kemudian, pergi semula ke fail MS Word yang telah dibuka.

3. Pergi ke "menu bar", pilih "insert", tekan butang "screenshot".

4. Laman web UPM yang telah dibuka tadi akan terpapar di bahagian "available windows". Tetapi anda akan klik "screen clipping" untuk memilih bahagian tertentu sahaja daripada laman web yang akan di"printscreen" (gambar 2).


Gambar 2 : Pilih "screen clipping"

5. Apabila "screen clipping" ditekan. Laman web UPM akan ditayangkan dengan dilapisi "kabut putih" (mask).

6. Anda hanya perlu klik (kiri) pada penghujung gambar yang dipilih dan tarik kursor (jangan lepas)  sehingga meliputi keseluruhan gambar yang anda inginkan. Setelah berpuas hati barulah klik dilepaskan (gambar 3).

Gambar 3 : Garisan merah adalah gambar yang anda pilih untuk di"printscreen"

7. Apabila anda melepaskan klik, secara automatik, gambar yang dipilih akan di"paste" pada skrin di dalam MS Word (gambar 4).

Gambar 4 : Hanya gambar yang dipilih sahaja akan di"paste" ke dalam MS Word

Mudah kan?

Dengan cara ini (screen clipping), anda tidak perlu printscreen keseluruhan paparan di skrin, malah boleh memilih apa yang anda kehendaki untuk dimasukkan ke dalam MS Word.

Selamat mencuba!

Anda lebih mahir lagi hari ini.

#drMAK

No comments:

Post a Comment