Tuesday 27 January 2015

Tajuk 25 : Portrait dan Landscape dalam satu fail MS Word

Ketika menaip MS Word, biasanya akan berlaku keadaan di mana anda perlukan satu daripada mukasurat yang terdapat di dalam dokumen tersebut dalam "orientasi landscape" @ melintang.

Biasanya untuk memasukkan gambarajah yang besar, atau jadual yang mengandungi banyak kolum.

So, ada yang membuat fail lain, khusus untuk mukasurat yang melintang itu. Ini disebabkan, jika mukasurat itu ditukar kepada "landscape", semua mukasurat lain akan bertukar daripada "portrait" ke "landscape". Pernah anda hadapai masalah begini?

Untuk selesaikan keadaan ini, ada caranya. Anda hanya perlu ikuti panduan ini.

[ Cara menukar page "portrait" kepada "landscape" tanpa mengganggu page lain ]

1. Anda telahpun menaip teks yang anda kehendaki dalam fail MS Word.

2. Kemudiannya, anda hendak masuk ke mukasurat seterusnya. JANGAN gunakan butang "enter" atau "page break". Anda akan gunakan "Section Break".

3. Letakkan kursor sebelum teks atau perenggan yang akan dimasukkan ke mukasurat seterusnya (lihat gambar 1, bulatan merah).

4. Pilih "page layout", Tekan "breaks", Lihat bahagian "Section Breaks", Tekan "Next Page" (lihat gambar 1, anak panah).


Gambar 1 : Langkah melakukan Section Break > Next Page

5. Teks seterusnya akan berpindah ke muka surat baru (lihat gambar 2).

6. Sekarang, kita hendak jadikan page yang baru ini dalam bentuk "landscape" tanpa menganggu page sebelumnya.

7. Klik pada mana-mana teks dalam page baru (lihat gambar 2, bulatan merah).

8. Pilih "Page layout" > "Orientation" > "Landscape" (lihat gambar 2, anak panah).


Gambar 2 : Menukar page seterusnya kepada bentuk "landscape"

9. Muka surat baru tadi akan terus bertukar kepada bentuk "Landscape" tanpa menganggu mukasurat sebelumnya (lihat gambar 3).


Gambar 3 : Perbezaan bentuk orientasi muka surat sebelum dan selepas

Tips : Setiap kali anda ingin menukar page dalam bentuk "landscape", pastikan anda telah menggunakan "section break" > "next page" pada muka surat sebelumnya dan selepasnya.

Selamat mencuba!

Anda semakin mahir MS Word, Tahniah!

#drMAK

No comments:

Post a Comment