Tuesday, 19 August 2014

Tajuk 12 : Bagaimana nak Install Dropbox?

Argghhhhh cikkk!!! Fail projek FYP saya kena virus!!! Dah tak boleh buka ni cik!!! Macamana ni???

Ayat di atas biasa dah saya dengar setiap kali pelajar dalam fasa pertengahan untuk siapkan projek atau laporan masing-masing. Kebanyakan pelajar tak berapa terfikir untuk back-up atau sediakan payung masing-masing sebelum kejadian buruk macam file hilang tadi berlaku.

Kalau ada yang backup file masing-masing pun, bila dah disimpan dalam banyak thumb drive mula tak ingat mana satu yang paling terkini. Terpaksa cucuk semua thumb drive yang dah tesedia tergantung kat tengkuk masing-masing (aku tengok student ramai suka buat macamtu, bila dah banyak-banyak, cantik pulak nampaknya..)

Ada yang kreatif lagi, dia akan emel file yang terkini kepada emel sendiri (ini pengaruh tengok Mr. Bean, suka hantar surat pada diri sendiri..haha..) So, selagi emel tu tak dipadam, maka, adalah file tu selamat dalam arkib emel. Masalahnya ialah, bila dah terima banyak emel, mula payah nak cari balik emel satu.. satu.. kena pulak, dia sendiri lupa apa tajuk emel.. lagi tragis, memang dia hantar emel tu pun "No Subject" (takde tajuk).. memang tak jumpa dahla..

So, saya cadangkan anda cuba guna dropbox. Mungkin ada yang dah pakai pun, untuk simpan gambar-gambar selfiaq anda yang banyak tu.. so, kenapa tak guna je dropbox tu untuk manfaat projek FYP anda.

Kepada yang belum ada, sila "Sign-up" di alamat www.dropbox.com seperti tertera dalam gambar dibawah.

Antaramuka untuk Sign-up Dropbox

 Anda ikut sahaja arahan yang minta anda isi kotak-kotak kosong tu, make sure mana yang perlu tu diisi selengkapnya. Bila dah siap register, maka dengan rasminya anda akan memiliki akaun dropbox yang berkapasiti 500MB, cukuplah untuk menyimpan file yang penting, terutamanya file LAPORAN projek FYP. Memang kapasiti yang ada tak mencukupi untuk anda menyimpan semua file, selain daripada perlu membayar untuk mendapat kapasiti yang lebih besar, anda boleh juga menghantar "jemputan" kepada rakan-rakan untuk turut mendaftar dropbox. Setiap rakan yang mendaftar, anda akan dapat tambahan 500MB. Best kan! So, promotelah pada kawan-kawan.

Konsep menyimpan file di dalam dropbox ini mudah sahaja. Semua file yang ada simpan di dalam dropbox akan boleh diakses daripada mana-mana komputer yang ada aplikasi dropbox. So, untuk ada aplikasi dropbox, anda boleh layari laman web tadi (www.dropbox.com) dan lihat bahagian kanan atas sekali, terdapat butang untuk download aplikasi tersebut. So, eloklah download dalam semua PC dan laptop yang anda ada untuk memudahkan kerja di kemudian hari. Tetapiii pastikan PC dan laptop itu milik anda sendiri. (suka hati je nak install laptop orang..)

Bila anda dah install dropbox dalam laptop, maka akan ada shortcut icon di desktop seperti di bawah untuk memudahkan anda membuka file anda.


Gambar kotak biru terbuka tulah ikon "Dropbox"
 yang menarik lagi, anda akan lihat dropbox seolah-olah telah menjadi salah satu folder di dalam laptop anda seperti gambar dibawah.


Dropbox berada dalam senarai "Favorites" dan Folder "ProjekFYP" disimpan di dalamnya


Anda boleh klik pada butang dropbox dan create folder baru yang dinamakan "Projek FYP" untuk simpan semula file Laporan FYP anda dan boleh tidur lena kerana yakin, file anda telah berada di tempat yang selamat.

Selamat Mencuba!

Saturday, 15 March 2014

Tajuk 11 : 12 Dosa yang perlu dielakkan semasa pembentangan!

Sekejap je kan masa dah berlalu, dalam korang dok tension, tertonggeng sana, tertonggeng sini, tido sana, tido sini, goncang otak sana sini, daahhhh nak tamat waktu nak buat projek... dekatttt dah hari nak kena present depan PPL (Panel Penilai Luaran) dan TAC (Pakar Industri). Biasalah semua yang bermula, mesti ada akhirnya, kalau tak, memang tak siap2 jugak projek korang, so, eloklah ada tarikh tamat..

ada setengah jabatan tu lagi advance, siap buat pra-persembahan, 2/3 minggu awal sebelum tarikh sebenar, supaya boleh gempar korang... then, tengok apa2 yang still tak ok.. bolehla kalau nak repair apa2 yang patut.. memang bagus.. langkah proaktif..

Sebelum saya kongsi tips nak cairkan hati penilai, meh kita tengok dulu, apa kesilapan dan kelemahan yang selalu korang buat masa buat presentation..

1. Sakit pinggang... Dah nak mula presentation, tapi berdiri macam orang takde pinggang.. menampakkan kemalasan abadi yang telah sekian lama tertanam... condong macam menara teluk intan, itu ok lagi, ada setengah lebih sikit dah macam menara pisa.. come onla.. korang dah diploma.. nak present projek kat penilai luar.. tunjukkanlah kegagahan korang berdiri tegak macam nak mula solat tu.. tunjukkan sikit keyakinan..

2. Muka macam baru tertelan lipas... muka panik yang tak dapat dibendung2 lagi.. come onlaa.. senyumla sikit.. jangan masam dan sembab je.. tahu korang tak cukup tido.. sebab slide baru nak siapkan sampai ke pagi.. sapa suruh korang buat last minute??

3. Terlampau ikut template persembahan yang cikgu bagi.. korang mesti akan mula dengan bagitau, apa tajuk projek korang.. then, seterusnya latar belakang, pastu masalah projek (itupun kadang2 tersasau cerita masalah korang buat projek, sapa yang nak tau??), pastu objektif projek, pastu bla bla bla.. seterusnya sampai habis... baru korang mula nak citer pasal latar belakang je.. PPL dah menguap sepuluh kali.. apa cite??

4. Baca berita depan penilai... sapa yang suruh korang baca slide?? penilai datang nak dengar korang punya presentation, bukan nak dengar korang membaca.. haru lagi.. siap pegang kertas slide sampai tutup muka.. dah macam pentomen dah penilai tengok.. suara ada.. muka tak nampak.. dahla membaca.. satu nada pulak tu.. haduuhhh.. dengan suara garuk2 lagi.. konon serak2 basah tu sedapla.. cehh..

Jangan sampai penilai tersandar macam ni sudahlaa... (Pic from www.themanbehindthecart.com)

5. Font dan Warna slide presentation macam terletak di Singapura.. susah nak baca.. kena beliak2 mata.. baru boleh nampak.. tu pun.. nyaris nak kena LASIK.. sebab mata mula kabur... kadang2, kombinasi warna font dan background langsung tak kena.. boleh menyakitkan mata penilai.. sekaligus menghilangkan sedikit mood..

6. Korang cuba present apa yang telah dihafal.. usaha korang untuk menghafal ni, memanglah bagus.. tapi tak kena tempat.. present tak perlu nak hafal.. yang penting, korang tahu apa yang menarik untuk korang promotekan dalam projek korang.. apa yang bakal me"wow"kan penilai korang.. itu yang penting.. so, janganlah sampai keluar mata putih sebab mata mendongak ke langit.. semata-mata sebab nak ingat, apa ehhh yang aku nak cakap tadiii...

7. Korang menyanyi rap depan penilai...tergagap2... nampak tak bersedia.. tergaru2 sana sini.. gentel2 name kad matrik, betul2kan rambut.. pendek cite.. make sure jangan buat semua ni.. nampak sangat tak yakin dan panik..

8. Anggap diri dah hebat.. ini pun masalah jugak.. bila korang dah confident terlebih.. sampai jadi macamni pulak... tak sempat penilai nak habiskan ayat.. korang dah bantah or jawab balik soalan dia..janganlah gelojoh sangat.. belajar mendengar dan biarkan orang yang bertanya menghabiskan ayat dulu.. kita nak cepat2 jawab bukan nak rushing pegi mana2 pun... markah korang, penilai jugak nak bagi.. so, diam dan dengar dengan taat.. mudah2an korang mendapat berkat.. (ehh.. macam pernah dengar kat masjid je..)

9. Ahli Projek Halimunan.. biasanya korang ni.. ada yang buat projek berdua atau bertiga.. malangnya.. masa present, cantik dah nampak, ada 3 orang yang present, tapi bila sesi soal jawab.. tiba2 tinggal sorang je.. yang lain tu cuma nampak baju yang bergerak2..!! dah macam orang2 kat atas bendang.. tegak tak berbunyi.. biar sorang je yang menjawab.. sian kawan tu.. peluh dingin.. peluh panas semua keluar.. supportlah der!!

10. Perasan jawapan sendiri lebih bernas... ini pun masalah jugak.. kawan2 yang lain tu dah cuba dah nak membantu menjawab.. tapi ada sorang yang dominan dalam kumpulan asyik kerja memotong jawapan kawan.. lagi best.. siap cakap... "sebenarnya bukan macamtu cikk... biar saya jawab.. sebenarnya macamni... " hohoho... kesian kawan korang.. martabatnya direndahkan didepan khalayak ramai.. korang menuduh dia memberi jawapan yang salah depan penilai.. korang sedar ke apa yang korang buat..??? Kalau dia salah, maknanya ko pun bersalah... sebab buat projek yang sama... tapi sorang kat darat.. sorang kat laut.. apa kess??? nak tunjuk hebat pun jangan sampai pijak orang...

11. Copy & paste slide kawan seangkatan... kes ni memang rare (jarang2) berlaku.. tapi memang pernah berlaku.. disebabkan ketidaksempatan untuk korang menyiapkan slide untuk presentation.. maka disaat akhir korang dengan perasan genius telah mengambil slide projek kawan lain dengan anggapan hanya perlu tukar kandungan slide kepada kandungan projek korang sendiri.. idea tu memang dah ok dahh.. tapi make surela korang tu betul2 teliti orangnya.. present topik lain semua dah ok.. tiba2 gantt chart korang sama macam gantt chart orang lain.. apa kess?? takkan sama kot...? mestilah berbeza.. kena pulak satu buat video, satu buat website.. sah2 lain proses kerjanya.. so, berhati-hatilah korang... lebih baik... slide siapkan seminggu sebelum present.. boleh berlatih cakap depan cerman...

Lastt...

12. Gantt chart tak update.. gantt chart perancangan dan gantt chart perlaksanaan samaaa je timelinenya.. macam langsung takde masalah projek korang... ikutkan tak salah... tapi tak realistik.. mesti ada bezanya.. sebab macam2 boleh berlaku masa korang buat projek.. so, make sure, korang betul2 plotkan gantt chart mengikut perlaksanaan yang sebenar.. lagi canggih, ada cikgu yang dah ajar korang gunakan Microsoft Project... barulah nampak Pro... ni tak.. EXCELL?? What the H*LL? (carut ke ni ek.. ntah..)

Apapun.. semua ni korang boleh atasi kalau korang betul-betul bersedia sebelum persembahan.. nanti baca part 2 entry ni.. saya cuba kongsi tips2 apa yang korang boleh buat untuk presentation nampak "berbeza".. ada kursus kat bangi ni, gerak dulu..

Friday, 7 February 2014

Tajuk 10 : Pelajar FYP adalah Ultraman Penyelamat Dunia!

Dalam laporan FYP korang biasanya akan ada tajuk kecik yang diberi nama "Penyataan Masalah" dalam Bab 1.

Di dalam tajuk ni, korang perlu menyatakan sebab-sebab atau masalah-masalah yang dihadapi di dalam situasi atau keadaan sedia ada sehingga mewujudkan keperluan untuk melaksanakan projek yang akan korang cadangkan.

Macam selalu saya sebut.. korang kena tahu "siapa/apa raksaksa yang akan memusnahkan bandar tokyo, baru korang jadi ultraman yang akan jadi hero menyelamatkan penduduk bumi.." Bila dah tahu raksaksa apa yang menyerang, baru korang boleh "menghapuskan" raksaksa dengan mudah.. bila dah tahu apa masalah yang berlaku.. baru korang boleh "menyelesaikan" masalah dengan mudah..

Masalah-masalah yang berlaku kenalah memang betul-betul berlaku dan dapat dibuktikan berlaku.. bukan hanya melalui andaian ataupun jangkaan korang je... itu namanya "masalah syok sendiri".. buat projek, biarlah yang menyelesaikan masalah, projek yang tak menyelesaikan masalah adalah projek yang SIA-SIA..

Ok, bila dah tahu apa masalah sebenar.. tulislah ayat dalam penyataan masalah ni dengan ayat yang betul-betul menggambarkan ada masalah berlaku.. janganlah tulis macam takde apa-apa yang berlaku.. baca pun terasa tawarr je..

MALAS pun MASALAH jugak..! (Pic from duniafitnes.com)


Katakanlah korang nak buat video bertajuk "Buli" yang memaparkan isu gejala buli di sekolah.. gejala buli ni memanglah masalah.. tetapi.. kenalah cerita.. kenapa buli ni jadi masalah... korang kena tulis ayat yang menunjukkan "MEMANG ADA MASALAH".. yang sedang berlaku.. kita tengok contoh..


Projek Student Multimedia, (Video "Buli")

Contoh Penyataan yang Lemah:

“Gejala buli semakin menular ke sekolah rendah (apa masalahnya..?). Pihak bertanggungjawab seperti guru, ibubapa, dan masyarakat sepatutnya bekerjasama dalam membendung gejala ini daripada menular (apa masalah yang nak kena bendung..?). Tayangan filem-filem yang mempunyai unsur-unsur ganas menjadi sumber perlakuan pelajar-pelajar kepada rakan sebaya (macamana filem-filem ni mempengaruhi..?). Filem-filem yang memaparkan keganasan tanpa disedari masyarakat boleh memberi kesan jangka panjang yang amat buruk... (apa kesan jangka panjang yang akan jadi masalah..?)...”


Contoh Penyataan yang Baik:

“Gejala buli yang telah merebak sehingga ke peringkat sekolah rendah menyebabkan kanak-kanak kehilangan motivasi untuk hadir ke sekolah kerana bimbang dibuli. Gejala buli yang tidak dapat dibendung oleh pihak yang bertanggungjawab seperti guru, ibubapa, dan masyarakat akan mengakibatkan kemerosotan kehadiran pelajar ke sekolah. Tayangan filem-filem berunsur keganasan yang semakin kerap di kaca televisyen menghakis ajaran baik ibubapa di rumah apabila berkomunikasi sesama rakan-rakan sebaya. Filem-filem yang memaparkan keganasan juga, tanpa disedari telah menghilangkan budaya sopan santun kanak-kanak dan berkekalan sehingga dewasa...”

Lihat bagaimana ayat-ayat yang digariskan menunjukkan AYAT MASALAH yang jelas menggambarkan dilema masalah yang sedang dihadapi... barulah terasa PERLU DAN PENTING untuk korang hasilkan VIDEO "BULI" korang yang akan menyedarkan masyarakat tentang pentingnya masalah ni ditangani.


Saya bagi contoh Projek Networking/Programming pulak, (Tong Sampah "Auto-Alert")

Contoh Penyataan yang Lemah:

"Seringkali kedengaran kontraktor pemungut sampah gagal mengambil sampah yang penuh di dalam tong sampah di taman-taman perumahan (kenapa gagal..?). Penduduk-penduduk taman perumahan merungut tidak berpuashati dengan perkhidmatan yang sepatutnya dilaksanakan (apa masalah bila tak laksana kerja..?). Sampah yang banyak menimbulkan bau busuk yang tidak menyenangkan (ok.. lagi..?). Keadaan ini menyebabkan penduduk terpaksa menghubungi majlis daerah berkali-kali sehinggalah sampah mereka diambil (apa masalahnya call berkali-kali..?)..."


Contoh Penyataan yang Baik:

 "Seringkali kedengaran kontraktor pemungut sampah tidak mengikut jadual dan terlewat mengambil sampah yang penuh di dalam tong sampah di taman-taman perumahan. Penduduk-penduduk taman perumahan merungut tidak berpuashati dengan perkhidmatan yang kurang efisien dan lambat bertindak. Sampah yang banyak menimbulkan bau busuk yang tidak menyenangkan dan menyebabkan kehadiran makhluk perosak seperti tikus dan lipas yang membawa penyakit. Keadaan ini menyebabkan penduduk terpaksa membuang masa untuk menghubungi majlis daerah berkali-kali sehinggalah sampah mereka diambil..."

Lihat sekali lagi, bagaimana ayat-ayat yang digariskan menunjukkan AYAT MASALAH yang jelas menggambarkan dilema masalah yang sedang dihadapi... jelas terasa PERLU DAN PENTING untuk korang menghasilkan TONG SAMPAH AUTO-ALERT yang akan menghantar mesej "sampah penuh" terus kepada Majlis Daerah agar mudah dipantau, dan kerja pengutipan dapat dijalankan dengan efisien.

So, lepas ni, tulis penyataan masalah, biar "ada masalah".. barulah projek korang nampak macam ultraman yang jadi "HERO"..

~PENYATAAN MASALAH KENA "ADA MASALAH"~

Thursday, 23 January 2014

Tajuk 9 : Video E-Learning lebih bagus jika ada ciri-ciri ini!

Bila tanya kenapa awak buat video e-learning untuk FYP awak..?

Ramai student yang akan bagitau kelebihan-kelebihan video e-learning berdasarkan kebaikan umum yang semua orang tahu.. mudah diakses melalui internet, lebih interaktif, menarik minat, dan macam-macam lagi.. tapi semua tu, hanya berdasarkan agak2 je.. lebih tepat lagi.. ramai orang buat video, orang kata bagus, so, saya pun buatlah video.. tapii, apa sebenarnya teori yang menyokong bahawa projek video e-learning korang ni memang bagus..?

Ok, kita ceritalah teori sikit, menurut Albert Bandura (1986) melalui "Social Cognitive Theory", pembelajaran terhasil daripada interaksi berterusan di antara kognitif (otak), kelakuan (tindakan), dan pengaruh persekitaran (pancaindera). Susah sikit nak faham eh..? pendek kan cerita... kita ni boleh belajar dengan melihat apa yang berlaku di persekitaran (modelling). That's why, apa yang orang buat, biasanya kita terasa nak tiru, nak cuba.. nak pulak kalau yang buat tu artis.. lagilah cepat je korang tiru.. sampai pakai spec hitam malam2 buta pun.. ada yang tiru.. teruk benor..

Jadi untuk belajar dengan cara "modelling" ni.. student kena betul2 tumpukan perhatian kepada apa yang model tengah buat, dalam suasana macamana dia buat, supaya maklumat tu dapat disimpan dalam bentuk ingatan, dan pastu apa yang dah diingat tu dapat ditukar menjadi tindakan apabila student tu nak aplikasikan apa yang dia nampak.. malah.. rasa teruja nak mencuba..

Jadiii.. apa kaitannya dengan video e-learning yang saya nak buat cik..??

Huisshhh.. banyaakkk kaitannya.. sebenarnya, video pun adalah salah satu bentuk "modelling" yang boleh ditiru oleh student, selain daripada tengok apa yang cikgu diorang buat dalam kelas amali. Kalau student tu belajar melalui video yang korang buat, korang kena pastikan video yang korang buat, ada ciri-ciri yang saya sebut tadi.. korang kena pastikan video korang tu menarik dan teliti sampai student akan tengok dengan penuh minat dan dapat meniru sebijik2 apa yang ada dalam video.. kalau boleh, video tu gunakan pelakon yang sama macam diorang.. kalau untuk student lelaki korang tunjuk video student lelaki buat.. kalau student perempuan.. korang tunjuk video student perempuan buat.. kalau video tu tak jelas.. maka tak bermaknalah video korang..

Owwhh... ok.. nampak dah.. lagi..?

Kemahiran kebiasaannya dipelajari melalui pemerhatian ke atas model (cikgu, rakan-rakan, dan video) (Pic from mag-auto.blogspot.com)
 Lagi, kalau boleh, dalam video korang, lebih baik korang tunjukkan pelakon dalam tu, menyebut satu-satu apa yang sedang dia buat.. dan kenapa dia buat macamtu.. sebab.. menurut kajian, student yang menonton video pelakon melakukan tugasan sambil menyebut dengan jelas apa yang sedang dia lakukan, akan belajar dan buat lebih baik daripada student yang hanya menonton video pelakon melakukan tugasan tanpa sebarang penerangan. Alaa.. macam korang pernah tengok Chef wan memasak kat TV tu kan.. kan dia becakaaaapp je sambil memasak.. korang boleh tahu kenapa dia masuk cili, kenapa bubuh kicap tiram, kenapa kena tumbuk, kenapa tak boleh blender.. macam2lah dia membebel.. tapiii.. menarik kan.. sebab kita dapat ilmu baru.. daripada tengoookkk je chef lain tu memasak.. baiklah tengok movie kat wayang...

Kenapa macamtu cik..?

Sebabb.. student tu akan lebih faham kenapa sesuatu tugasan tu macamtu step-step dia.. dia dapat kaitkan apa yang dia tengok dengan apa yang dia tengah fikir.. so, dia akan lebih cepat belajar.. daripada yang tengookkk je.. tapi blur.. tak faham apa yang sedang berlaku.. sekurang-kurangnya video yang ada penjelasan akan membantu penonton untuk faham, apa proses yang sedang berlaku..

Okehh.. nampak jugak..

Satu lagi, kalau boleh.. video korang kena mula daripada proses yang senang-senang... pastu.. baru makin susah.. makin susah.. jangan terus buat video susah nak ikut.. nanti.. penonton takde motivasi nak belajar.. yang ni.. kalau nak buat video kanak2 pun macamtu.. mula dengan yang senang kemudian semakin susah.. contohnya.. korang nak buat video "assemble computer".. korang mulakan dengan kenalkan satu-satu part dalam komputer dulu.. pastu, pasang yang mudah dulu, macam hard disk, RAM.. pastu baru processor.. (sekarang pun dah senang kot..)

Ooh.. sebelum lupa..  katakanlah korang dapat idea nak buat video kanak2 belajar kemahiran "install windows 8".. maka korang kena gunakan, pelakon kanak2 jugak dalam video tu, yang tunjukkan macamana nak "install windows 8".. supaya diorang yakin, kalau budak dalam video ni boleh buat, aku mesti boleh buat jugak.. (tapi janganlah buat video baby install windows.. memang pengsanla.. mungkin budak umur 9 tahun ke atas sesuai kot.. )

Lassttt sekali, kalau korang buat video e-learning.. cuba tambah ruangan boleh taip komen kat bawah video tu (macam dalam youtube tu..) supaya student boleh tulis apa yang dia faham melalui tengok video tu, boleh nilai apa yang bagus dalam video tu, boleh terangkan semula apa yang dia nampak dalam video tu.. so, diorang boleh bagi maklumbalas kepada video yang korang hasilkan.. sebab menurut Braaksma, Rijlaarsdam, Van den Bergh, and Van Hout-Wolters (2006), proses memberi maklumbalas kepada apa yang dilihat, akan menjadikan pembelajaran melalui pemerhatian ni lebih efisien dan berkesan. Maka, korang kenalah sediakan ruang untuk diorang bagi maklumbalas.. bukan sekadar tengok dan tiru..

~MASUKKAN ELEMEN-ELEMEN NI DALAM VIDEO, INSHAA-ALLAH BERKESAN~